awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Malaysia gesa tindakan lebih kukuh ke arah keamanan di Myanmar - PM Anwar
SUKAN
FAM belum muktamad penyertaan Harimau Malaya pada Piala Negara CAFA 2025
BISNES
Indeks Sentimen PKS: Usahawan terus yakin hadapi cabaran global - Tinjauan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUSINESS

Persatuan usahawan Cina jangka lebih 10 MoU dimeterai pada CSITE 2024

Bernama
Bernama
12/04/2024
21:30 MYT
Persatuan usahawan Cina jangka lebih 10 MoU dimeterai pada CSITE 2024
Keith Li berkata, lebih 100 syarikat dari Malaysia, China dan Singapura akan mengambil bahagian pada acara berkenaan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih 10 memorandum persefahaman (MoU) dijangka dimeterai dalam pelbagai bidang termasuk industri pintar, kebudayaan dan pendidikan di Pameran Perdagangan dan Kebudayaan Industri Pintar China (CSITE) 2024 yang keempat.
Acara itu yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan China Malaysia (PUCM), dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 21 Mei, 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Lebih 100 syarikat dari Malaysia, China dan Singapura akan mengambil bahagian pada acara berkenaan, kata Presiden PUCM Datuk Keith Li.
"Minat yang kukuh dan bilangan MoU yang akan ditandatangani menunjukkan pengiktirafan yang kuat terhadap CSITE dan kerjasama erat antara perusahaan Malaysia dan China. Kami juga menjangkakan lebih 15,000 pengunjung hadir pada CSITE 2024," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Acara itu yang diadakan serentak dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China turut disokong Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kedutaan China di Malaysia.
"Saya yakin dan positif tentang kerjasama dua hala ini, terutamanya ia berlangsung semasa ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China, dengan badan dan organisasi kerajaan menganjurkan acara untuk meraikan dan meningkatkan hubungan dua hala dari segi ekonomi, perdagangan dan pelaburan," kata Li.
China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 15 tahun lepas, mewakili 17.1 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.
Sehingga Februari 2024, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah AS$15.52 bilion (AS$1=RM4.76).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#persatuan usahawan cina
#Memorandum Persefahaman
#industri pintar
#CSITE 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami