awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan lebih dalam Bajet 2018, bakal lonjak KDNK PKS - PM Najib

Hilal Azmi
Hilal Azmi
29/11/2017
10:45 MYT
Peruntukan lebih dalam Bajet 2018, bakal lonjak KDNK PKS - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan RM22.2 bilion bagi program pembangunan PKS bakal menyumbang kepada unjuran ini. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Kerajaan mengunjurkan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkat antara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada tahun hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan RM22.2 bilion bagi program pembangunan PKS bakal menyumbang kepada unjuran ini.
“Sokongan berterusan ini amat penting untuk membangunkan PKS melalui peruntukan kredit pembiayaan, skim jaminan modal, pinjaman mudah, skim geran dan juga memberikan pengecualian cukai untuk pasaran modal yang meliputi pelbagai aktiviti dan produk,” kata beliau semasa berucap pada Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) ke-23 hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut merasmikan inisiatif atas talian yang digerakkan SME Corp iaitu Sistem Insentif Berpusat SME (SCENIC).
Unjuran KDNK PKS untuk 2018 dijangka meningkat antara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus.
SME Central Incentives System SCENIC dilancarkan bagi memastikan pengagihan sumber yang lebih optimum - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
"Melalui inisiatif ini, saya berharap agar setiap kementerian dan agensi dapat mengelakkan pertindihan pemberian bantuan kepada PKS serta memastikan pengagihan sumber secara lebih optimum," katanya.
SCENIC merupakan pangkalan data bersepadu bagi penerima bantuan kerajaan di bawah program pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh Kementerian dan Agensi.
Topic Berkaitan
#KDNK
#Najib Razak
#PKS
#SCENIC
#SME Central Incentives System
#SME Corps
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan