Petanda kemelesetan global disebabkan oleh pandemik COVID-19 kini menjadi semakin ketara, kata Naib Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) Profesor Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.
Beliau berkata dengan data ekonomi utama di seluruh dunia terus mempamerkan prestasi yang lemah di tengah-tengah COVID-19, pakar-pakar menjangka situasi lebih buruk bakal mendatang.
"Pemulihan global semakin perlahan sekarang, dan beberapa sektor malahan telahpun tumbang. Sehingga kini, tidak ada sebarang ramalan saintifik apa yang dunia boleh harapkan. Vaksin dan ubatan masih jauh daripada jangkaan, dan ketidakpastian adalah suatu yang pasti sekarang.
"Adakah dunia masih mempunyai masa depan? Masih relevankah lagi untuk memperkatakan tentang kemampanan; malahan Matlamat Pembangunan Mampan? Bagaimanakah nanti sektor tenaga memainkan peranannya di tengah-tengah situasi ini? Adakah nanti ada normal baharu bagi sektor tenaga pada masa akan datang? Bagaimana industri tenaga dan kerajaan menangani situasi ini?" tanya beliau.
Mohamed Ibrahim berkata demikian semasa Siri Forum 2020 UTP dan Atma Jaya Catholic University of Indonesia (AJCUI) yang bertujuan mengumpulkan bersama-sama pemain industri, termasuk ahli akademik dan penuntut institusi pengajian tinggi bagi menyertai perkembangan semasa global dalam Amalan Global, Ekonomi Serantau dan Kemampanan di tengah-tengah situasi pandemik COVID-19.
Forum yang bertemakan 'Navigating to the New Normal: Rethinking the Role of Energy Towards Global Sustainability' itu diadakan menerusi persidangan video antara UTP dan Rektor AJCUI Dr Agustinus Prasetyantoko.
Forum itu juga yang merupakan manifestasi kerjasama erat antara kedua-dua universiti tersebut. Idea untuk mengadakan acara itu timbul daripada Memorandum Persefahaman (MoU) perkongsian geran padanan awal yang dimeterai oleh kedua-dua universiti itu pada 20 Mei.
MoU tersebut bertujuan menjalin kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua belah pihak serta bertukar-tukar kepakaran dalam pelbagai bidang dan penyeliaan bersama pelajar lepasan ijazah.
Sementara itu, Agustinus Prasetyantoko berkata siri webinar itu merupakan inisiatif bersama antara kedua-dua universiti tersebut untuk mengukuhkan perkongsian dan kerjasama.
Kerjasama itu akan diikuti dengan beberapa lagi siri aktiviti dalam penyelidikan, pengajaran dan pertukaran pelajar, katanya.
"Mengenai kerjasama antara kedua-dua universiti, ia sentiasa merupakan inisiatif baik untuk bekerjasama dengan institusi dan rakan pelajar yang memiliki kepakaran, pengalaman dan kecekapan seperti UTP.
"Kami berbangga diberi peluang untuk bekerjasama dengan universiti itu, dan berharap ia boleh diperkukuhkan lagi dan dilanjutkan bukan hanya untuk hari ini sahaja tetapi juga pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 09 2020
Dengan data ekonomi utama di seluruh dunia terus mempamerkan prestasi yang lemah di tengah-tengah COVID-19, pakar-pakar menjangka situasi lebih buruk bakal mendatang. - Gambar hiasan
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Petanda kemelesetan global semakin ketara sekarang, kata Naib Canselor UTP
Dengan data ekonomi utama di seluruh dunia terus mempamerkan prestasi yang lemah di tengah-tengah COVID-19, pakar-pakar menjangka situasi lebih buruk bakal mendatang.