awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peter Bellew dilantik CEO baharu Malaysia Airlines

Nurulhana Ismail
Nurulhana Ismail
30/06/2016
10:46 MYT
Peter Bellew dilantik CEO baharu Malaysia Airlines
Pelantikan diluluskan pemegang saham tunggal Malaysia Airlines, Khazanah Nasional Berhad dan akan berkuat kuasa 1 Julai, 2016. -Gambar hiasan
Malaysia Airlines Berhad (MAB) melantik Peter Bellew sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, menggantikan Christoph Mueller.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Malaysia Airlines hari ini, pelantikan itu diluluskan pemegang saham tunggal syarikat, Khazanah Nasional Berhad dan berkuat kuasa 1 Julai 2016.
Serentak dengan itu, Mueller yang meletak jawatan pada 10 Mac lepas, akan mula bercuti sehingga tamat notis pada 9 September 2016.
Tambah kenyataan itu lagi, pelantikan Bellew akan memastikan pelan pemulihan MAB diteruskan.
Bellew, warganegara Ireland, mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan selama 20 tahun termasuk mengendalikan syarikat penerbangan tambang murah Eropah, Ryanair Limited.
Beliau menyertai MAB pada 1 September 2015 sebagai Ketua Pegawai Operasi syarikat berkenaan sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAB.
Topic Berkaitan
#Christoph Mueller
#Ketua Pegawai Eksekutif
#Malaysia Airlines Berhad
#peter bellew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan