awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas anugerahkan PSC LLA bagi memaksimumkan pemulihan Kluster Abu

Bernama
Bernama
30/10/2023
20:15 MYT
Petronas anugerahkan PSC LLA bagi memaksimumkan pemulihan Kluster Abu
Sebagai penjaga sumber hidrokarbon kebangsaan, Petronas melalui MPM, menguruskan pengaturan petroleum di Malaysia dan melaksanakan pengawasan terhadap aktiviti-aktiviti petroleum huluan. - Foto Petronas
KUALA LUMPUR: Petronas menganugerahkan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Aset Hayat Lewat (LLA) kepada Ping Petroleum Sdn Bhd sebagai langkah memaksimumkan pemulihan Kluster Abu di luar pesisir Semenanjung Malaysia.
Kluster Abu terdiri daripada tiga medan yang dibangunkan, iaitu Abu, Abu Kecil dan Abu SW Upthrown, dengan baki rizab sebanyak lima juta tong.
"Petronas mengharapkan Ping Petroleum memaksimumkan pemulihan daripada Medan Abu, yang mencatatkan pengeluaran puncak sebanyak 15,000 tong sehari pada 2008.
"Selain itu, dengan pelaksanaan terma komersial yang dipertingkatkan untuk prosedur operasi yang diperkemas bagi LLA, kami memperkasakan pengendali menggunakan keupayaan mereka mengewangkan medan Abu Kecil dan Abu SW Upthrown," kata Naib Presiden Kanan Petronas Malaysia Petroleum Management (MPM) Mohamed Firouz Asnan dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata potensi yang terpendam di Medan Abu, ditambah dengan dua medan lain yang dijangka memberikan pulangan saksama kepada Petronas dan pelabur, terutamanya dalam membiayai keperluan di kemudahan sedia ada yang ditinggalkan.
Sebagai penjaga sumber hidrokarbon kebangsaan, Petronas melalui MPM, menguruskan pengaturan petroleum di Malaysia dan melaksanakan pengawasan terhadap aktiviti-aktiviti petroleum huluan.
Ia bertujuan untuk membuka potensi penuh sumber hidrokarbon Malaysia, memaksimumkan nilai rakan kongsinya dan syarikat, berpandukan strategi 'Aset Tepat, Pemain Tepat' dan disokong oleh rangka kerja fiskal yang progresif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#sumber hidrokarbon
#Kluster Abu
#LLA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan