Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bertapak kukuh di Sarawak menerusi pelaburan kumulatif berjumlah lebih RM300 bilion dalam aktiviti dan projek huluan, pertengahan dan hiliran, kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LNG Group of Companies Dzafri Sham Ahmad.
Beliau berkata bagi projek huluan, terdapat 60 medan pengeluaran minyak dan gas -- 26 minyak dan 34 gas -- yang menghasilkan pada purata bersamaan 850 kilo tong minyak sehari (kboe/d).
"Selain itu, terdapat 206 medan yang sudah ditemui namun belum menjana kewangan," katanya pada Malam Media Petronas 2015 di sini Sabtu malam.
Dzafri berkata bagi projek pertengahan, terdapat tiga kemudahan iaitu Kompleks LNG Petronas di Bintulu; Projek Train 9 Petronas dan kemudahan terapung LNG.
Bagi projek hiliran, beliau berkata kini terdapat dua unit beroperasi di Sarawak iaitu Kilang Baja Bintulu Asean yang menghasilkan 0.6 juta tan urea setahun (MPTA), menjadikannya kilang urea berbutir terbesar di Asia selain pengeluaran 0.4 MTPA ammonia.
"Cabang dagangannya, Petronas Dagangan mengurus dan mengoperasikan lima terminal bahan api, empat kemudahan bunker, empat depot penerbangan, dua kilang pengisian LPG dank 81 stesen servis," katanya.
Dzafri berkata Petronas Dagangan juga mengedar bahan api kepada penduduk di kawasan pedalaman Sarawak.
Menurutnya Petronas, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, telah memulangkan lebih banyak manfaat kepada masyarakat berbanding syarikat minyak dan gas lain di negara ini.
"Pada masa lepas kami memilih untuk tidak menonjol, yang mungkin menyebabkan ramai yang menganggap usaha kami kepada masyarakat tidak mencukupi, terutama di Sarawak.
"Sepanjang 2010-2015 sahaja, Petronas dan anak syarikatnya membelanjakan lebih RM27 juta melaksanakan lebih daripada 100 projek tanggungjawab sosial (CSR) di Sarawak.
"Ini termasuk RM10 juta yang kami belanjakan untuk menjayakan Projek Biokepelbagaian serta Pemuliharaan Alam Sekitar di Taman Negara Similajau, dan RM5 juta lagi sumbangan untuk mentransformasikan Kem Piasau, Miri sebagai Hutan Simpan Piasau," katanya.
Selain itu, beliau berkata Petronas juga menyalurkan RM470 juta sejak 2015 hingga 2019 untuk CSR, pembangunan sumber manusia dan pendidikan.
"Komitmen ini adalah tambahan kepada sumbangan tanggungjawab sosial korporat sedia ada kami di negeri ini," katanya.
Pada majlis itu, Malaysia LNG Sdn Bhd, anak syarikat Petronas, turut menyampaikan sumbangan RM1.5 juta untuk Unit Kebakaran Hospital Bintulu yang bakal ditubuhkan.
"Kami menyokong projek ini kerana kami mengetahui bahawa ia akan memberi manfaat besar kepada penduduk di wilayah utara Sarawak, dan sumbangan sosioekonomi ini membuktikan komitmen kami dalam memastikan Sarawak dan penduduknya terus memperoleh manfaat langsung dan tidak langusng daripada industri minyak dan gas di negeri ini," katanya.
Bernama
Sun Nov 22 2015
Petronas juga menyalurkan RM470 juta sejak 2015 hingga 2019 untuk CSR, pembangunan sumber manusia dan pendidikan. - Gambar Fail
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Petronas laksana penyelesaian karbon rendah bagi capai aspirasi NZCE 2050
Ia adalah susulan daripada deklarasi Sifar Bersih Pelepasan Karbon (NZCE) menjelang 2050 pada Oktober lepas.
Petronas labur lebih RM300 bilion di Sarawak
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bertapak kukuh di Sarawak menerusi pelaburan kumulatif berjumlah lebih RM300 bilion dalam aktiviti dan projek huluan, pertengahan dan hiliran.