Skip to main content

Bisnes

Petronas mencatatkan keuntungan

41362664347_295x200.jpg
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih rendah pada RM89.08 billion bagi tahun kewangannya berakhir 31 Disember  2012.

Naib Presiden Eksekutif Kewangan Petronas, Datuk George Ratilal berkata  kelemahan itu berikutan margin lebih rendah disebabkan peningkatan kos operasi.

Keuntungan sebelum cukai itu lebih rendah berbanding RM 103.8 bilion yang dicatatkan pada 2011.

Selain itu, keuntungan bersih dan keuntungan operasi bersih selepas cukai Petronas  turut mencatatkan kemerosotan.

Bagi tahun 2013, Petronas menjangkakan industri minyak dan gas akan terus berhadapan ketidak-tentuan geopolitik, makro-ekonomi dan peningkatan kos operasi.

Ia pada masa sama menyasarkan untuk meningkatkan pengeluarannya menjelang hujung tahun ini.
 

Advertisement

Must Watch Video