KUALA LUMPUR: Bidaan bagi kontrak kemudahan penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran terapung (FPSO) di Limbayong, luar pesisir Sabah yang kemungkinan ditangguhkan oleh Petronas dilihat tidak menjejaskan momentum pelancaran kontrak baharu dalam sektor minyak dan gas (O&G), menurut AmInvestment Bank Research.
Ini membolehkan firma itu mengekalkan saranan 'overweight' berdasarkan kepada prospek sektor O&G masih kekal berdaya tahan.
Penganalisisnya, Alex Goh berkata, masih terdapat banyak penyewa FSPO yang sedang dalam perancangan di peringkat global meskipun syarikat pengendali dengan kedudukan kewangan stabil mempunyai pilihan terhad selepas berdepan penurunan harga minyak sekitar 2015 hingga 2017.
Katanya, ini terbukti apabila Yinson Holdings Bhd. baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan Enauta Participacoes S.A. yang berpangkalan di Brazil untuk rundingan terus dan eksklusif bagi membekalkan FSPO dengan potensi tukaran kos sehingga AS$500 juta di lapangan minyak Atlanta, Santos Basin, luar pesisir Brazil. Ia dijangka mencapai kontrak yang dimuktamadkan menjelang Januari 2022.
"Selain bersaing dengan MISC Bhd. dalam bidaan kontrak Limbayong, Yinson turut membida projek pengangkut bagi Pecan, di luar pesisir Ghana dengan pilihan pembelian bagi FSPO Woodside Nganhurra.
"Di samping itu, Yinson bersama Technip Energies turut menjalankan perkhidmatan Reka Bentuk Kejuruteraan Bahagian Depan (FEED) membabitkan Total Energies untuk 2 FSPO bersaiz besar yang dipasang di Cameia Block 20/21, Angola dan Maka, Block 58, Suriname.
"Masih memiliki 300,000mt VLCC Hawk (sebelum ini, Apollonia), Yinson juga tidak berputus asa dengan kontrak pengangkut FSPO bagi lapangan minyak Parque das Beleias di Brazil yang dibatalkan 2 kali sejak tahun lalu," katanya dalam nota kajian pada Jumaat.
Projek Pembangunan Limbayong Deepwater, medan gas minyak dan tidak bersekutu terletak 120 kilometer (km) di luar pesisir Sabah dengan kedalaman antara 900 sehingga 1,200 meter.
Seperti dilaporkan Upstream Online, Petronas kemungkinan menangguhkan bidaan bagi kontrak FSPO di Limbayong dengan kerajaan negeri Sabah mahu melihat lebih banyak penyertaan tempatan dalam projek tersebut di perairan negerinya.
Tender bagi kontrak tersebut hanya dibuka kepada firma Malaysia atau syarikat usaha sama yang diterajui firma tempatan.
Antaran pembida tersebut termasuklah Yinson Holdings, MISC, Sabah International Petroleum (SIP) dan
syarikat usaha sama antara Bumi Armada, MTC dan Shapoorji Pallonji (India).
Upstream turut melaporkan SIP dilihat dalam kedudukan yang baik untuk memperoleh kontrak berkenaan walaupun pesaing lain masih terus membida.
Menurut Goh, dengan kemungkinan bidaan itu ditangguhkan, ia membolehkan Petronas menangani isu prosedur atau mengeluarkan tender baharu tidak lama lagi memandangkan syarikat O&G negara itu telah menganugerahkan kontrak peralatan bawah laut kepada TechnipFMC pada Jun lalu.
"Sebagai penyelesaian alternatif pula, terdapat penemuan lapangan minyak Bestari berhampiran, yang sebagai lapangan pengikat kepada Limbayong, yang menempatkan FPSO dan bukannya Limbayong.
"Keputusan pelaburan untuk Bestari akan dijadualkan berakhir tidak lama lagi, dan sumber-sumber Upstream mencadangkan bahawa mengembangkan Bestari terlebih dahulu dapat memberi hasil ekonomi yang lebih baik," jelas beliau.
Secara dasarnya, Goh mendapati, kontrak bagi sektor O&G pada suku ketiga kembali meningkat sebanyak 86% suku ke suku kepada RM4.2 bilion, dengan sebahagian besarnya dianugerahkan kepada Sapura Energy Bhd.
Tidak termasuk kontrak pembinaan bernilai RM1.5 bilion diperoleh Serba Dinamik Holdings Bhd. untuk membina pusat data di Abu Dhabi pada Ogos 2020, kontrak yang dianugerahkan pada suku ketiga 2021 melonjak 41% bagi perbandingan tahun ke tahun.
"Kami bagaimanapun terus menyukai saham Dialog Group Bhd. berdasarkan kedudukannya yang kukuh dalam operasi terminal tangki dan penyelenggaraan.
"Yinson pula mempamerkan momentum pendapatan menyakinkan menerusi kapal FPSO Helang, luar pesisir Sarawak; Abigail-Joseph, Nigeria dan Anna Nery, Brazil serta beberapa peluang bagi kontrak kapal pengangkut di Brazil dan Afrika.
"Sementara itu, Petronas Gas pula menawarkan hasil dividen yang cukup menarik menerusi strategi struktur modal yang optimum dan asas pendapatan kukuh," katanya.
AmInvestment turut mengekalkan unjuran harga minyak bagi 2021-2022 sekitar AS$65 hingga AS$70 setong berbanding prospek tenaga jangka pendek yang dikeluarkan Agensi Maklumat Tenaga (EIA), sekitar AS$69 setong bagi 2021 dan AS$66 setong pada 2022.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Fri Oct 08 2021
Projek Pembangunan Limbayong Deepwater, medan gas minyak dan tidak bersekutu terletak 120 kilometer (km) di luar pesisir Sabah dengan kedalaman antara 900 sehingga 1,200 meter. - Foto DagangNews.com.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.