BUSINESS
Petronas tegaskan komitmen kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan PETROS

Petronas pada Jumaat mengesahkan bahawa anak syarikatnya, PCSB telah menerima notis daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada 30 April 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Petronas menegaskan komitmen untuk terus menjalin kerjasama secara konstruktif dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan PETROS.
Kerjasama itu memastikan kejelasan peraturan serta kelangsungan operasi industri minyak dan gas di negeri itu dalam meneroka penyelarasan masa depan.
Dalam satu respon kepada Astro AWANI pada Jumaat, syarikat carigali nasional itu berkata, ia mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan kta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) demi kepentingan nasional.
Menurut Petronas, PCSB diberi kuasa secara statutori di bawah akta berkenaan untuk menjalankan aktiviti syarikat dan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan.Kenyataan itu turut menekankan bahawa syarikat berkenaan terikat di bawah PDA 1974 yang memberikan kuasa eksklusif kepada Petronas untuk mengawal selia semua urusan berkaitan petroleum di seluruh negara, termasuk di Sarawak.
Petrronas tampil memberi penjelasan susulan laporan media berhubung isu operasi anak syarikatnya di Sarawak, dengan menegaskan bahawa semua aktiviti syarikat adalah sah di sisi undang-undang berdasarkan peruntukan Kerajaan Persekutuan.
Petronas mengesahkan bahawa anak syarikatnya, PCSB telah menerima notis daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada 30 April 2025 berkaitan aktiviti pemprosesan dan pengedaran gas di negeri berkenaan.
Petronas turut memberi jaminan bahawa segala hak dan kepentingan semua pihak berkepentingan termasuk pengguna akhir dan pelabur akan terus dipelihara dan diambil kira dalam sebarang perbincangan atau keputusan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami