awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas tidak rahsiakan prestasi kewangan, pencapaian syarikat - Mustapa

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/11/2021
04:33 MYT
Petronas tidak rahsiakan prestasi kewangan, pencapaian syarikat - Mustapa
MUSTAPA: Petronas mengumumkan prestasi kewangan melalui kenyataan media pada setiap suku tahun dan taklimat kepada media pada setiap separuh tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi syarikat Petroleum Nasional (Petronas) membentangkan prestasi kewangan di Parlimen.
Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, ini kerana tidak ada akta atau undang-undang yang memaksa Petronas untuk membentangkan secara terbuka di Parlimen.
Bagaimanapun beliau menekankan, orang ramai masih boleh mengakses laporan itu di laman web Petronas pada setiap suku tahun.
"Ia (laporan kewangan) boleh diakses orang ramai melalui laman web Petronas pada setiap tahun. Kenapa tidak dibentangkan di Parlimen? Kerana tidak ada akta atau undang-undang yang memaksa Petronas untuk membentangkan di Parlimen.
"Tak dibentangkan di Parlimen, tidak bermakna kita tidak tahu operasi," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang mahu tahu kenapa laporan prestasi kewangan syarikat itu tidak dilaporkan di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Mustapa memberitahu, Petronas merupakan satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500 dengan tangga 277 di dunia bagi tahun 2021.
Katanya, maka adalah sesuatu yang tidak relevan jika laporan prestasi kewangan syarikat minyak dan gas milik penuh kerajaan itu dirahsiakan.
Menurutnya, sehingga 2021, Petronas menyumbangkan RM1.2 trilion kepada kerajaan persekutuan dan negeri dalam bentuk dividen, bayaran tunai dan cukai.
Topic Berkaitan
#Petronas
#prestasi kewangan
#Mustapa Mohamed
#pencapaian syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan