Skip to main content

Dunia

Presiden Korea Selatan arah siasatan menyeluruh berhubung kekurangan kertas undi

A demonstrator waves a large South Korean flag as people surround a vote-counting centre to protest a controversy over a shortage of ballot papers that disrupted voting in the local election and to call for a rerun of the election, in Seoul, South Korea, June 6, 2026. REUTERS/Kim Hong-Ji
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Korea Selatan ketika orang ramai mengelilingi sebuah pusat pengiraan undi bagi membantah kejadian kekurangan kertas undi, di Seoul, Korea Selatan, 6 Jun 2026. REUTERS

SEOUL: Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung pada Ahad mengarahkan pelancaran siasatan bersama secara menyeluruh oleh pihak pendakwa raya dan polis berhubung kekurangan kertas undi yang menjejaskan pilihan raya tempatan minggu lepas, lapor Agensi Berita Yonhap.

Sebanyak 12 lokasi di Seoul, termasuk daerah Songpa di bahagian timur bandar itu, melaporkan kekurangan kertas undi semasa pilihan raya pada Rabu, sekali gus menyebabkan proses pengundian di pusat mengundi yang terjejas dihentikan sementara.

Ribuan penunjuk perasaan terus berhimpun berhampiran sebuah pusat penjumlahan undi di timur Seoul untuk hari ketiga berturut-turut, menuntut pilihan raya baharu diadakan.

-- BERNAMA-YONHAP

 

Must Watch Video

Advertisement