Daripada petunjuk awal yang dikumpulkan pada April dan Mei 2020, persekitaran ekonomi diunjur kurang memberangsangkan bagi perniagaan Malaysia disokong oleh Petunjuk Utama (LI) terbaharu yang memberi isyarat kemelesetan ekonomi dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata langkah-langkah dinamik diperlukan bagi mengubah struktur ekonomi semasa yang bergantung besar kepada industri berasaskan komoditi dan industri tokokan nilai rendah yang mengupah pekerja berkemahiran rendah dan separa mahir dengan bayaran upah rendah.
Beliau berkata kaedah baharu menjalankan perniagaan dan mempelbagaikan ekonomi amat dicari dengan menerima pakai kemajuan teknologi seperti Revolusi 4.0 dan pendigitalan ekosistem perniagaan.
Susulan penggunaan teknologi baharu, beliau berkata proses perniagaan akan mewujudkan persekitaran kerja yang baik dan pasaran buruh yang lebih kondusif dan mampan.
"Selain itu, gangguan dalam permintaan buruh bagi graduan baharu untuk memasuki pasaran buruh dijangkakan pada separuh kedua 2020.
"Oleh itu, penting bagi memastikan golongan ini serta penggangur sedia ada ditangani bagi membendung mereka daripada kegelisahan sosial.
"Bagi manangani ini, satu dana khas amat diperlukan untuk meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula, meningkatkan latihan bagi keusahawanan dan kemahiran digital," katanya semasa membentangkan Tinjauan Perangkaan Ekonomi Malaysia (MESR) Jabatan Perangkaan Malaysia semasa sidang media menerusi dalam talian pada Jumaat.
Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata pandemik COViD-19 akan memberikan impak yang lebih besar kepada ekonomi kerana ia akan menjejaskan perniagaan dan gaya hidup pengguna yang membawa kepada transformasi bagaimana mereka bekerja, membeli belah dan menjalani kehidupan.
"Sehubungan ini, penting bagi sektor awam dan swasta untuk bersinergi dalam mendepani situasi semasa dan merancakkan semula ekonomi Malaysia dengan segera," katanya.
Sementara itu, katanya, MESR adalah inisiatif pertama dan terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), yang menyediakan maklumat bermanfaat kepada pihak berkepentingan dan kerajaan dalam mempercepatkan dasar strategik bagi menangani krisis ekonomi dengan cekap dalam mengatasi cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Beliau berkata laporan yang mempunyai maklumat komprehensif mengenai data bagi industri utama di Malaysia bukan sahaja sebagai bahan rujukan kepada penyelidik tetapi juga untuk para pelabur, peniaga, pembuat dasar dan kerajaan.
"DOSM juga sedang dalam usaha untuk mempercepatkan penerbitan bagi data import dan eksport untuk rujukan pihak berkepentingan, dan kami sedang menyusun kaedah yang sesuai.
"Kami juga sedang sediakan 'dashboard' khas statistik utama yang akan dikeluarkan dalam bentuk mingguan contohnya kadar komersil bagi hotel-hotel dan jumlah kenderaan di lebuhraya," kata Mohd Uzir.
Selain itu ketika mengulas mengenai banci penduduk perumahan beliau berkata, DOSM dengan kerjasama agensi negeri telah bersedia untuk menjalankan bancian itu dan kali ini ia akan dilaksanakan secara dalam talian dan akan dimulakan pada 7 Julai ini.
"Data banci adalah penting untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber dan peruntukkan dapat beri kesan optimum, selain itu bagi kerja-kerja di lapangan iaitu bancian dari rumah ke rumah akan dimaklumkan selepas mendapat keputusan daripada kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 29 2020
Kaedah baharu menjalankan perniagaan dan mempelbagaikan ekonomi amat dicari dengan menerima pakai kemajuan teknologi seperti Revolusi 4.0 dan pendigitalan ekosistem perniagaan. - Gambar hiasan
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.