Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Anggota tentera, pasangan semangat hadir awal mengundi

Semangat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi terserlah apabila seorang anggota tentera bersama pasangan dan anak-anak hadir seawal 7 pagi di Pusat Undi Awal Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II, Sungai Unang, hari ini. - Gambar Astro AWANI/Firdaus Mohari
Semangat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi terserlah apabila seorang anggota tentera bersama pasangan dan anak-anak hadir seawal 7 pagi di Pusat Undi Awal Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II, Sungai Unang, hari ini. - Gambar Astro AWANI/Firdaus Mohari
Advertisement

SUNGAI UDANG: Semangat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi terserlah apabila anggota tentera bersama pasangan hadir seawal 7 pagi di Pusat Undi Awal Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II, di sini, hari ini.

Kesungguhan warga tentera dan keluarga turut membawa anak masing-masing untuk meskipun proses pengundian bermula pada 8 pagi.

Seramai 2,660 pemilih berdaftar layak menjalankan tanggungjawab di pusat undi awal di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II, dengan enam saluran disediakan.

Advertisement

Turut dijadual menunaikan tanggungjawab mengundi di pusat berkenaan ialah Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Sani S. Omar.

Berdasarkan rekod Tentera Darat Malaysia (TDM), seramai 9,769 pemilih terdiri daripada 7,868 anggota tentera dan 1,901 pasangan layak mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Advertisement

Statistik pengundi mengikut pasukan menunjukkan pengundi dalam kalangan warga tentera dan pasangan tertumpu di empat kawasan Parlimen iaitu P.134 Masjid Tanah, P.135 Alor Gajah, P.136 Tangga Batu dan P.137 Hang Tuah Jaya.

Ia merangkumi empat kawasan DUN iaitu N.04 Lendu, N.09 Durian Tunggal, N.11 Sungai Udang dan N.17 Bukit Katil.

Dalam perkembangan berkaitan, DUN Sungai Udang terletak di bawah Parlimen Tangga Batu dan pada PRN Melaka kali ini merekodkan seramai 29,692 pengundi berdaftar.

DUN Sungai Udang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama).

BN mempertaruhkan Datuk Rais Yasin yang berpindah dari DUN Paya Rumput, manakala Bersatu diwakili Mejar (B) Abdullah Mahadi dan Bersama menampilkan Rizduan Rahman.

Kesemua 31 pusat undi awal yang diwartakan di Melaka mula dibuka tepat 8 pagi dan akan ditutup secara berperingkat sehingga 6 petang.

Seramai 12,531 pasukan keselamatan bersama pasangan masing-masing layak menunaikan tanggungjawab mereka.

Daripada jumlah tersebut, seramai 9,769 anggota tentera bersama pasangan, manakala 2,762 ialah anggota polis. 

Must Watch Video

Advertisement