awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKFZ raih peningkatan hasil keseluruhan lapan peratus setakat Oktober lepas

Bernama
Bernama
28/11/2025
20:15 MYT
PKFZ raih peningkatan hasil keseluruhan lapan peratus setakat Oktober lepas
Majlis pertukaran dokumen disempurnakan oleh Priscilla dan Joey Yan, disaksikan oleh Lim (kanan).- Gambar Port Klang Free Zone
KLANG: Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mencatat peningkatan hasil keseluruhan sebanyak lapan peratus setakat Oktober lepas berbanding pada 2024 sekali gus menunjukkan aktiviti perniagaan lebih rancak dan prestasi operasi yang kukuh, kata Pengerusinya Lim Lip Eng.

Ringkasan AI
  • PKFZ mencatat peningkatan hasil keseluruhan sebanyak lapan peratus setakat Oktober 2025, menunjukkan aktiviti perniagaan yang lebih rancak dan prestasi operasi kukuh.
  • Unit industri ringan PKFZ turut merekodkan peningkatan hasil sebanyak 17 peratus, disokong oleh pelarajan struktur kadar sewaan yang lebih kompetitif.
  • Melalui pengurusan kewangan berdisiplin dan kawalan proses yang teliti, PKFZ berjaya mengurangkan kos operasi sebanyak 13 peratus, sementara zon komersial PKFZ mencatat peningkatan hasil 19 kali ganda sejak dimanfaatkan pada suku keempat 2025.

Kejayaan itu adalah antara pencapaian utama PKFZ setakat November 2025 yang mencerminkan pemulihan operasi dan keyakinan pasaran yang semakin meningkat.
Beliau berkata pencapaian lain melibatkan segmen unit industri ringan yang merekodkan peningkatan hasil 17 peratus, disokong pelarasan struktur kadar sewaan yang lebih kompetitif.
"Ia mengukuhkan daya tahan portfolio serta meningkatkan daya tarikan PKFZ kepada perusahaan kecil dan sederhana dan pelabur baharu," katanya pada Majlis Makan Malam Gala dan Malam Anugerah PKFZ serta sambutan ulang tahun PKFZ ke-20 di sini malam tadi.
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Ean Yong Hian Wah dan Ketua Pegawai Eksekutif PKFZ Priscilla Lim.
Lim berkata, selain itu, melalui pengurusan kewangan berdisiplin dan kawalan proses yang teliti, langkah ini berjaya mengurangkan kos operasi sebanyak 13 peratus tidak termasuk perbelanjaan projek khas.
"PKFZ kekal komited meningkatkan infrastruktur lama melalui peruntukan pembangunan khusus," katanya.
Menurutnya, menerusi tadbir urus yang telus, penilaian ketat dan pemilihan vendor yang berhemah pula, PKFZ mencapai penjimatan 17 peratus dalam kos tender tanpa menjejaskan kualiti kerja.
Beliau berkata, dengan pengaktifan zon komersial PKFZ yang kurang dimanfaatkan selama hampir dua dekad, ia kini mencatat peningkatan hasil 19 kali ganda sejak dimanfaatkan pada suku keempat 2025.
Katanya penyewaan zon komersial dijangka mencapai 70 peratus pada 2026, dengan pemacu utama antaranya tempat letak kereta bertingkat dan dewan pameran untuk penyimpanan automotif serta inisiatif penstrukturan semula Hotel PKFZ sebagai hab pejabat serantau untuk penyewa utama.
Menurut Lim, pada tahun ini, PKFZ berdiri lebih kukuh berbanding sebelumnya sekali gus membuktikan komitmen PKFZ terhadap kecemerlangan operasi, tadbir urus berintegriti dan pertumbuhan strategik.
"Menjelang masa depan, kami lebih tekad untuk membangunkan PKFZ sebagai hab logistik bertaraf dunia dan ekosistem zon bebas pintar yang memberikan nilai terbaik kepada Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Priscilla berkata PKFZ mencatat peningkatan hasil keseluruhan kira-kira RM100 juta sepanjang tahun lepas.
Sementara itu, majlis pertukaran dokumen antara PKFZ dan Q Centre Management Sdn Bhd turut diadakan dalam memperkasakan ekosistem tenaga kerja dan komuniti PKFZ dan Pulau Indah menerusi pembangunan dan pengubahsuaian Kuarters Pekerja Berpusat yang dijadualkan siap pada suku pertama 2026.
Majlis pertukaran dokumen itu disempurnakan oleh Priscilla dan Pengarah Urusan Bersama Kumpulan Q Centre Datuk Joey Yan, disaksikan oleh Lim dan Pengarah Urusan Bersama Kumpulan Q Centre Datuk Simon David Leong.
"Dengan kapasiti sehingga 8,000 pekerja asing, ia bakal menjadi kemudahan asrama pekerja asing terbesar di Pulau Indah," kata Priscilla.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKFZ
#hasil
#Lim Lip Eng
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan