Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan bahawa hampir semua sektor ekonomi dibenarkan bermula 4 Mei ini, berikut merupakan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula ekonomi bagi aktiviti kredit koperasi.

Garis Panduan Pembiayaan Kredit tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sementara SOP adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM.

Menerusi garis panduan tersebut, waktu operasi perniagaan adalah bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5 petang, manakala waktu kehadiran pelanggan adalah bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Ia melibatkan antara 50 dan 70 peratus kapasiti pekerja.

Aktiviti dan protokol Ar-Rahnu koperasi:

Pemakaian face mask

- Pekerja wajib memakai face mask, manakala pelanggan pula digalakkan memakai berbuat perkara sama.

Kesihatan pekerja

- Pekerja tidak dibenarkan untuk masuk ke ruang pejabat sekiranya didapati suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius dan ke atas.

Penjarakan sosial

- Memastikan penjarakan sosial 1 meter semasa berurusan.

Penggunaan hand sanitizer

- Mewajibkan penggunaan hand sanitizer atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun.

Kebersihan premis

- Proses sanitasi dan pembersihan hendaklah dilaksanakan sebelum dan selepas operasi.

Aktiviti dan protokol kredit operasi:

Memakai Pelindung Muka

- Pekerja perlu memakai pelindung muka dan pelanggan digalakkan memakai pelindung muka.

Kesihatan Pekerja

- Pekerja tidak dibenarkan untuk masuk ke ruang pejabat sekiranya didapati suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius dan ke atas.

Penjarakan sosial

- Memastikan penjarakan sosial 1 meter semasa berurusan.

Penggunaan Hand Sanitizer

- Mewajibkan penggunaan hand sanitizer atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun.

Kebersihan premis

- Proses sanitasi dan pembersihan hendaklah dilaksanakan sebelum dan selepas operasi.