awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/01/2025
21:45 MYT
PM Anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Antara GLIC yang terlibat dalam sesi meja bulat bersama Anwar ialah Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, Gamuda Berhad, Permodalan Nasional Berhad dan Petronas UK. - Foto Pejabat Perdana Menteri
LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi meja bulat bersama kapten industri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di sini pada petang Khamis, waktu tempatan.
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom (UK) dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
Antara GLIC yang terlibat ialah Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, Gamuda Berhad, Permodalan Nasional Berhad dan Petronas UK.
Manakala, syarikat dari UK antaranya adalah Air Bus UK, AstraZeneca, Jaguar Land Rover Nottingham University dan Raw Energy.
Sesi mesyuarat meja bulat itu meliputi pelbagai sektor seperti petroleum dan gas, aeroangkasa, pendidikan, automotif, tenaga boleh dibaharui serta pertahanan.
Ia kemudian disusuli dengan pertemuan perniagaan satu demi satu bersama lima syarikat dari UK.
Ia termasuk Standard Chartered PLC; Jaguar Land Rover Automotive PLC; Raw Energy; Yondr Group Ltd; dan Unisnacks Europe Ltd.
Setiap syarikat berkenaan mengadakan pertemuan selama 20 minit bersama Perdana Menteri.
Sesi-sesi tersebut sebagai usaha berterusan kerajaan dalam meyakinkan dan menarik kemasukan pelabur asing ke Malaysia.
Anwar ketika ini dalam rangka lawatan kerja ke UK selama lima hari bermula 15 Januari hingga 19 Januari, atas jemputan rakan sejawatannya, Keir Starmer.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Lawatan kerja ke London
#pelaburan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan