awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM gesa perdagangan bebas Asia, beri perlindungan kepada negara 'lemah'

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2018
04:15 MYT
PM gesa perdagangan bebas Asia, beri perlindungan kepada negara 'lemah'
Dr Mahathir ketika sesi dialog di Persidangan Nikkei 2018 di Tokyo, Jepun hari ini. - REUTERS
Negara maju perlu memberikan pertimbangan khas kepada ekonomi yang lebih kecil dalam melaksanakan perdagangan bebas dan demokrasi, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Walaupun kami menyokong perdagangan bebas, banyak negara mengamalkan sekatan," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Tokyo, Jepun hari ini.
"Saya katakan ini kerana negara seperti Malaysia sukar untuk bersaing dalam dunia perdagangan bebas," jelasnya.
Oleh itu, beliau meminta agar rangka kerja perdagangan bebas Asia Timur memberi pertimbangan kepada negara-negara yang mempunyai kapasiti berbeza.
"Kita harus sedar bahawa wujud negara-negara yang baru membangun. Mereka memerlukan perlindungan kerana mereka tidak berada di kedudukan untuk bersaing dengan negara perdagangan besar," ujarnya.
Ini merupakan kali ke-20 beliau berucap dalam persidangan berkenaan.
Rakaman penuh ucaptama Perdana Menteri di Persidangan Nikkei 2018
Topic Berkaitan
#Asia
#ekonomi
#Jepun
#Mahathir Mohamad
#Nikkei
#Nikkei Conference
#Perdana Menteri
#Persidangan Nikkei
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan