awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM guna beg songket Sarawak bawa dokumen Belanjawan 2023

Bernama
Bernama
23/02/2023
10:50 MYT
PM guna beg songket Sarawak bawa dokumen Belanjawan 2023
Anwar Ibrahim beramah mesra dengan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 di Dewan Galeri di lobi Kementerian Kewangan. - Foto PMO
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan beg fail dengan corak tenunan songket Sarawak untuk membawa dokumen Belanjawan 2023 yang akan dibentang di Parlimen esok.
Beg berwarna hitam itu dipamerkan oleh Anwar, yang juga Menteri Kewangan, ketika beliau meluangkan masa meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Anwar, yang tiba pada kira-kira 3.30 petang, disambut oleh dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.
Ketika tinjauan kira-kira 30 minit itu, Perdana Menteri turut beramah mesra dengan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 di Dewan Galeri di lobi Kementerian Kewangan sebelum melawat Bilik Operasi Cukai dan Bilik Operasi Belanjawan 2023 di Aras 10 serta menandatangani dokumen berkaitan.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa dan pada masa sama, memacu pertumbuhan ekonomi negara di samping menarik pelaburan.
Katanya kerajaan juga mengambil kira daya saing negara, kepantasan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu termasuk pendigitalan dan penggunaan mampan selain pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023.
Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2023 pada 4 petang esok di Parlimen
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kementerian Kewangan
#Belanjawan 2023
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan