KUALA LUMPUR: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan digesa untuk meningkatkan usaha pendigitalan bagi menjamin kemampanan dan daya tahan industri dalam menghadapi cabaran perniagaan pada masa hadapan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad (SIRIM) Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata gesaan itu dibuat berdasarkan kepada jangkaan, yang mana, menjelang 2035, dunia akan tertumpu kepada penggunaan Internet Pelbagai Perkara (IOT), blok rantai dan kecerdasan buatan (AI).
"Kita kena faham dalam setiap aspek perniagaan pada masa akan datang, segala-galanya akan bergantung kepada AI serta setiap keputusan yang kita buat akan tertakluk kepada data dan bukan lagi pengalaman atau naluri tetapi sains dan perangkaan.
"Sains dan data juga akan menunjukkan kepada mereka bahawa ini arah tuju dan ini yang patut mereka buat untuk syarikat...mahu tak mahu kalau kita kena berubah atau kita akan tertinggal, kita perlu pastikan PMKS kita berkembang," katanya kepada Bernama.
Bagi membantu PMKS terus kekal berdaya saing dalam menangani cabaran berkenaan, SIRIM akan menumpukan kepada "Frontier Technology" iaitu pembudayaan teknologi masa hadapan dalam operasi PMKS termasuk penerapan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
"SIRIM akan turut memperkenalkan Pusat Kecemerlangan Kepintaran Perindustrian dan AI yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan dengan kerjasama rakan kongsi syarikat.
"Berkenaan ESG ini, kita nak PMKS gunakan segala nilai-nilai dan prosedur operasi standard (SOP) yang baik supaya produk yang dihasilkan itu dapat menembusi pasaran antarabangsa memandangkan skop pasaran dalam negara kita terhad iaitu hanya lebih kurang 30 juta penduduk sahaja," katanya.
PMKS juga perlu lebih terbuka untuk beradaptasi bagi mendigitalkan perusahaan mereka dalam konteks penggunaan modal dan tidak sewajarnya bergantung kepada pemberian geran oleh kerajaan.
"PMKS mesti ada satu fokus yang dia perlu berdaya saing tanpa geran, selagi ada mentaliti geran, dia tidak mampu maju ke depan. Kalau dia mahu mengembangkan perniagaan, perusahaan ini perlu meminjam daripada bank, baru pengusaha bersemangat untuk majukan perniagaan," katanya.
SIRIM Berhad merupakan anak syarikat kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta menjadi organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberikan tumpuan kepada penyelidikan perindustrian, latihan penyelidikan termasuk pembangunan standard industri serta keusahawanan berasaskan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata gesaan itu dibuat berdasarkan kepada jangkaan, yang mana, menjelang 2035, dunia akan tertumpu kepada penggunaan Internet Pelbagai Perkara (IOT), blok rantai dan kecerdasan buatan (AI). - Foto BERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
Kempen pemasaran dilakukan sepenuhnya Unifi Business - Usahawan
Athirah berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan Digital Marketing Solution (DMS) oleh Unifi Business yang membantu kempen pemasaran.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
MATRADE tingkat pemasaran digital, penjenamaan global PMKS Sarawak
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan program penanda aras bagi syarikat peringkat pertengahan (MTC).
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
Kejayaan syarikat pemula Clever Desk bermula dengan DMS oleh Unifi Business
Unifi Business memainkan peranan penting dengan membantu lebih daripada 400,000 PMKS di seluruh negara.
Unifi Business galak PMKS tempatan manfaatkan teknologi digital
Unifi Business terus melangkah maju dalam usaha memperkasakan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Malaysia.
PMKS Malaysia harus diperkasakan dengan AI, teknologi digital - Gobind
Ia boleh mendorong mereka untuk beralih ke arah model perniagaan baharu yang dapat mengoptimumkan operasi dan meningkatkan potensi ekonomi.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
TVET mampu lonjak produk PMKS ke pasaran global - Penganalisis
Pengusaha Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) perlu bekerjasama dengan pemain industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menghasilkan produk berkualiti.