awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen

Pia Ernadya
Pia Ernadya
28/03/2024
05:28 MYT
PNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen
ASNB umum pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB 2 dan 4.75 sen seunit untuk ASM bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengisytiharan pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB 2 dan 4.75 sen seunit untuk ASM bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
Menurut kenyataan oleh PNB pada Khamis, ASB 2 turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan yang berjumlah sebanyak RM0.67 bilion yang memanfaatkan 552,297 pemegang unit.
ASM mengisytiharkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM1.33 bilion,iaitu bersamaan 4.75 sen seunit kepada 699,807 pemegang unit dengan pegangan 28.05 bilion unit.
Sehingga 25 Mac 2024, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM659.95 juta, manakala ASM mencatatkan RM1,416.01 juta.
Menurut PNB, ASB terus memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank pada 2.84 peratus sebanyak 241 mata asas untuk ASB 2 dan 191 mata asas untuk ASM.
Topic Berkaitan
#ASNB
#PNB
#agihan pendapatan
#ASB 2
#ASM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan