awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis beri kebenaran kepada juruaudit 1MDB rujuk dokumen asal

Bernama
Bernama
28/04/2018
21:44 MYT
Polis beri kebenaran kepada juruaudit 1MDB rujuk dokumen asal
Arul Kanda berkata polis telah mengambil pelbagai dokumen asal daripada pejabat 1MDB bagi tujuan siasatan pada Julai 2015. - Gambar fail
Firma audit Parker Randall, yang dilantik sebagai juruaudit baharu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini boleh merujuk kepada dokumen asal yang dirampas polis sebelum ini untuk menyiapkan laporan kewangan syarikat pelaburan strategik negara itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkata polis telah memberi kebenaran kepada firma audit itu bulan lepas untuk mengakses beberapa dokumen asal termasuk lejar dan baucar pembayaran.
"Dengan ketiadaan dokumen asal, juruaudit 1MDB tidak dapat menyelesaikan audit syarikat," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberikan ceramah isu-isu semasa mengenai 1MDB di sini, malam tadi.
Beliau berkata polis telah mengambil pelbagai dokumen asal daripada pejabat 1MDB bagi tujuan siasatan pada Julai 2015.
Justeru, 1MDB tidak dapat membentangkan laporan tahunannya untuk tahun 2015, 2016, 2017, berdasarkan alasan bahawa dokumen-dokumen penting masih dalam simpanan pihak polis.
Syarikat audit antarabangsa itu merupakan juruaudit keempat yang dilantik 1MDB, selepas Ernst Young, KPMG dan Deloitte, sejak ditubuhkan pada 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Arul Kanda Kandasamy
#dokumen asal
#juruaudit
#laporan tahunan
#Parker Randall
#polis
#rampas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan