awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Potensi eksport RM2.4 bilion dari Kazakhstan, Uzbekistan, peluang besar untuk syarikat Malaysia - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
22/05/2024
08:32 MYT
Potensi eksport RM2.4 bilion dari Kazakhstan, Uzbekistan, peluang  besar untuk syarikat Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrulmerupakan sebahagian daripada delegasi yang mengiringi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan bermula 14-19 Mei lalu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Potensi eksport bernilai RM2.4 bilion daripada perniagaan di Kazakhstan dan Uzbekistan menandakan peluang besar yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia di rantau Asia Tengah itu.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata angka yang besar ini mencerminkan kepercayaan yang semakin meningkat dalam kalangan komuniti perniagaan mereka terhadap Malaysia sebagai rakan strategik dalam perdagangan dan pelaburan.
"MITI akan memastikan komitmen eksport itu direalisasikan secepat mungkin untuk menyokong pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.
"Terdapat banyak peluang untuk syarikat Malaysia di sana," katanya menerusi hantaran di laman X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) beliau hari ini.
We are pleased to have achieved RM2.4 billion of cumulative potential exports from the businesses in Kazakhstan and Uzbekistan. This significant figure reflects their respective business communities growing trust in Malaysia as a strategic partner in trade and investment. MITI pic.twitter.com/2GxAYitwaz
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) May 22, 2024
Tengku Zafrul berkata melalui kehadiran MATRADE di Almaty dan Tashkent, MITI akan mengembangkan peluang perniagaan untuk syarikat Malaysia dan memastikan ini diterjemahkan kepada peluang komersial kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pekerjaan untuk rakyat.
Beliau merupakan sebahagian daripada delegasi yang mengiringi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan bermula 14-19 Mei.
Menurutnya, Malaysia dan Uzbekistan juga bersetuju untuk mengaktifkan semula Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC).
"JTC berfungsi sebagai platform untuk menangani isu berkepentingan; membincangkan bidang kerjasama sedia ada dan kemungkinan yang baharu; mengukuhkan kerjasama sektor swasta dan menggalakkan lagi perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#potensi eksport
#syarikat Malaysia
#Kazakhstan
#Uzbekistan
#Tengku Zafrul
#MITI
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan