KUALA LUMPUR: Malaysia yang mengamalkan perdagangan terbuka, turut terkesan apabila berlaku penguncupan ekonomi atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rakan-rakan perdagangan utama negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Namun pada masa sama, beliau yakin unjuran pertumbuhan perdagangan dan KDNK Malaysia akan lebih baik pada 2024.
Malah, katanya walaupun 2023 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran tetapi Disember lepas menyaksikan Malaysia mencatat lebihan dagangan selama 44 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
"Jumlah dagangan melepasi RM2 trilion untuk tahun ketiga berturut-turut, (tetapi) cabaran ekonomi seperti inflasi, pergolakan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan telah memberi impak kepada hasil perdagangan Malaysia dan pertumbuhan KDNK," katanya dalam catatan di laman X, hari ini.
Beliau berkata KDNK merupakan pengukur kepada kesihatan ekonomi negara dan selain penggunaan oleh kerajaan dan rakyat serta pelaburan, KDNK juga diwakili oleh perdagangan, yang merangkumi kedua-dua eksport dan import.
"Dari segi perdagangan, secara amnya, eksport (barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara dan dijual ke luar negara) akan meningkatkan KDNK manakala import untuk barangan dan perkhidmatan yang dibawa masuk ke dalam Malaysia akan mengurangkan KDNK," katanya.
Pada masa yang sama, beliau berkata, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) juga telah mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk perdagangan global kepada 0.8 peratus pada 2023 berbanding 2.7 peratus pada 2022.
"Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka apabila nisbah perdagangan kita adalah 128 peratus kepada KDNK, tentu sekali Malaysia juga terkesan apabila berlaku penguncupan ekonomi atau KDNK rakan-rakan perdagangan utama kita," katanya.
Beliau berkata terdapat pelbagai faktor lain yang mempengaruhi prestasi perdagangan Malaysia termasuk rakan-rakan dagang utama Malaysia yang juga mengalami penguncupan perdagangan dan penurunan dalam import global masing-masing.
Katanya antaranya ialah perdagangan keseluruhan China jatuh sebanyak 5 peratus pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.
"Kelemahan ekonomi China dengan penurunan eksport sebanyak 4.6 peratus dan import sebanyak 5.5 peratus telah memberi impak kepada Malaysia kerana China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, yang menyumbang 17.1 peratus kepada jumlah perdagangan negara pada 2023," katanya.
Beliau berkata jumlah nilai perdagangan antarabangsa Taiwan menguncup 13.6 peratus kepada US$784.35 bilion pada 2023 berbanding US$907.5 bilion pada 2022.
Selain itu, katanya perdagangan barangan negara G20 juga menguncup, apabila eksport turun sebanyak 3.1 peratus dan import sebanyak 2 peratus.
Tengku Zafrul berkata UNCTAD pula meramalkan penguncupan perdagangan global sebanyak 5 peratus bagi tahun 2023, atau kira-kira US$1.5 trilion kurang daripada pada tahun 2022.
Di rantau ASEAN, katanya eksport Thailand menurun sebanyak 1.0 peratus, lebihan dagangan Indonesia berkurangan sebanyak 32.4 peratus dan Singapura mengalami penurunan perdagangan barangan sebanyak 11.7 peratus pada 2023.
Beliau berkata pengukuhan dolar AS sepanjang tahun 2023 berbanding pelbagai mata wang, termasuk ringgit, telah memberi kesan terhadap prestasi perdagangan, kerana walaupun nilai eksport lebih kompetitif, namun kos import bagi bahan mentah juga meningkat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Namun pada masa sama, Tengku Zafrul yakin unjuran pertumbuhan perdagangan dan KDNK Malaysia akan lebih baik pada 2024. - Gambar fail/BERNAMA
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Prestasi ekonomi rakan dagang utama pengaruhi Malaysia, keadaan diunjur lebih baik pada 2024 - Tengku Zafrul
Malaysia yang mengamalkan perdagangan terbuka, turut terkesan apabila berlaku penguncupan ekonomi atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rakan-rakan perdagangan utama negara.