KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengurangkan ramalan untung bersih teras (CNP) tahun kewangan 2021 (TK21) UMW Holdings Bhd sebanyak 56% disebabkan kesan penutupan yang lebih buruk daripada jangkaan terhadap perniagaan terasnya.
Dalam nota penyelidikannya, Kenanga bagaimanapun mengekalkan unjuran CNP tahun kewangan 2022 (TK22) yang dibuat sebelum ini berikutan pemulihan dalam back-log tempahan yang mencapai melebihi 100,000 unit daripada Toyota dan Perodua.
"Kami mengekalkan panggilan 'Market Perform' dengan harga sasaran tidak berubah sebanyak RM3.20 sesaham bagi UMW," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.
Tambahnya, UMW memperoleh pendapatannya kebanyakannya daripada aliran model baharu seperti Vios dan Yaris yang dipertingkatkan, Toyota RAV4 CBU, Lexus UX200, Toyota Hilux Rogue, Innova dan Fortuner, Toyota Corolla Cross serta Harrier juga Perodua miliknya 38% dengan pelancaran serba baharu Perodua Ativa, ARUZ yang diperbaharui, dan Myvi baharu yang dilancarkan baru-baru ini.
"Untuk bahagian Peralatan, kumpulan itu akan terus memanfaatkan kekuatan rakan kongsinya (KOMATSU & TICO) dan usaha sama robot baharu (“Cobots”) dengan Universal Robot A/S, manakala UMW Aerospace dijangka pulih berikutan kadar vaksinasi negara yang tinggi dan pelaksanaan gelembung perjalanan.
"Risiko kepada panggilan kami termasuk jumlah jualan kereta yang lebih rendah daripada jangkaan, dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi," katanya.
UMW mencatatkan kerugian untuk tempoh 9 bulan TK21 sebanyak RM27.6 juta berbanding keuntungan teras RM79.7 juta pada 9BTK20 terutamanya disebabkan kerugian ketara yang dicatatkan pada suku sebelumnya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO).
Ini berlaku walaupun jualan lebih tinggi sebanyak 17% dicatatkan daripada separuh pertama TK21 yang lebih kukuh sebelumnya.
Segmen automotif menunjukkan jualan yang lebih tinggi 24% dan keuntungan segmen 45% seiring dengan jualan unit Toyota & Lexus yang stabil, dan Perodua masing-masing sebanyak 46,118 unit (+24%) dan 119,093 unit (-18%).
"Sebaliknya, segmen Peralatan merekodkan jualan keseluruhan yang lebih kukuh dengan pertumbuhan 16%, tetapi keuntungan segmen yang lebih rendah (-8%) terjejas oleh operasi Myanmar akibat ketidakstabilan politik.
Jualan segmen M&E turut turun 26% terjejas secara negatif oleh permintaan pengeluaran yang lebih rendah.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Dec 01 2021
Kenanga mengurangkan ramalan untung bersih teras tahun kewangan 2021 UMW Holdings Bhd sebanyak 56% disebabkan kesan penutupan yang lebih buruk daripada jangkaan terhadap perniagaan terasnya. -Dagang News
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Unit Sime Darby selesaikan pengambilalihan pegangan UMW pada harga RM3.57 bilion
Sime Darby Enterprise Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan 61.18 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd pada harga RM3.57 bilion.
Eksklusif: Pengambilalihan UMW penting, Toyota, Perodua akan bantu Sime Darby berkembang
Menurut Jeffri, ketika ini Sime Darby hanya menguasai sekitar 15 peratus perkongsian pasaran melibatkan segmen premium.
Lebih 99 peratus pemegang saham Sime Darby lulus pengambilalihan UMW
99.7 peratus pemegang saham Sime Darby Bhd memberikan kelulusan mengambilalih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam UMW Holdings Bhd.
Inisiatif Pucuk Hijau: UMW tanam 2,000 pokok bakau di Tuaran, Sabah
Inisiatif Pucuk Hijau UMW diteruskan lagi di daerah Tuaran, Sabah pada kali ini dengan sasaran sebanyak 2,000 anak pokok bakau ditanam dalam masa sehari.
PNB sahkan cadangan gabungan Sime Darby, UMW
PNB mengesahkan cadangan penggabungan UMW Holdings Berhad (UMW) dan Sime Darby Berhad (Sime Darby), sebuah syarikat multinasional Malaysia dalam sektor perindustrian serta permotoran.
Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.
Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.
Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak 14 peratus
Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak 14 peratus pada Jun 2022 apabila kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan yang lebih baik.
Prestasi kewangan 2021 UMW Holdings terkesan akibat penutupan ekonomi
Kenanga mengekalkan unjuran CNP tahun kewangan 2022 (TK22) yang dibuat sebelum ini berikutan pemulihan dalam 'back-log' tempahan.
Jualan automotif UMW melonjak 64 peratus pada Oktober susulan kelonggaran sekatan pergerakan
Jualan automotif bagi Kumpulan UMW melonjak sebanyak 64 peratus kepada 36,358 unit pada Oktober 2021 berbanding 22,193 unit jualan yang dicatatkan pada September 2021.