awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
Greenland kekal di bawah Denmark, AS tidak akan langgar kedaulatan - Presiden Perancis
AFCON 2025: Aksi cemerlang Amad Diallo pastikan Ivory Coast ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi pelaburan yang kukuh petunjuk keyakinan pelabur meningkat - NCCIM

Bernama
Bernama
19/11/2025
20:45 MYT
Prestasi pelaburan yang kukuh petunjuk keyakinan pelabur meningkat - NCCIM
Gobalakrishnan menekankan bahawa komuniti perniagaan mendapat galakan susulan komitmen kerajaan terhadap pengurusan fiskal yang berdisiplin dan pembaharuan struktur. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Prestasi pelaburan negara yang kukuh menunjukkan peningkatan keyakinan pelabur terhadap hala tuju ekonomi dan kejelasan dasar Malaysia, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).
Presidennya, Datuk Seri N. Gobalakrishnan berkata kenaikan sebanyak 13.2 peratus dalam pelaburan yang diluluskan yang dicatatkan antara Januari dan September 2025 merupakan petunjuk jelas bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi yang kompetitif dan menarik bagi pelabur tempatan dan asing.
"Kami memuji langkah proaktif yang diambil oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan kerajaan untuk memperkemaskan kelulusan, mengukuhkan tadbir urus dan meningkatkan ekosistem pelaburan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau turut menekankan bahawa aliran masuk pelaburan yang kukuh merentasi sektor utama, termasuk pembuatan, perkhidmatan dan industri baru muncul bernilai tinggi, akan menyokong daya tahan ekonomi jangka panjang.
Pada masa sama, Gobalakrishnan menekankan bahawa komuniti perniagaan mendapat galakan susulan komitmen kerajaan terhadap pengurusan fiskal yang berdisiplin dan pembaharuan struktur, yang telah meningkatkan keyakinan pelabur dan menyokong kestabilan makroekonomi.
"Pengukuhan ringgit mencerminkan keyakinan baharu terhadap asas ekonomi Malaysia.
"Sementara usaha kerajaan dalam menambah baik tadbir urus, merasionalisasikan perbelanjaan dan melaksanakan pembaharuan mesra pelaburan jelas membuahkan hasil," tambahnya.
Beliau berkata kejayaan Malaysia keluar daripada defisit akaun perkhidmatan buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun merupakan satu pencapaian penting kepada negara.
"Kejayaan keluar daripada defisit akaun perkhidmatan sejak sekian lama menunjukkan bahawa ekonomi kita menjadi lebih berdaya saing dan berada pada kedudukan yang lebih baik dalam rantaian nilai global.
"Peralihan dan pembangunan ini menyokong perniagaan tempatan, meningkatkan keupayaan eksport, dan menandakan bahawa kedinamikan yang semakin meningkat dalam industri bernilai tinggi, termasuk perkhidmatan digital, logistik dan sektor profesional," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#N Gobalakrishnan
#NCCIM
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan