Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijalankan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd akan melibatkan kos kira-kira RM66 bilion atau lebih tinggi, kata Tun Daim Zainuddin.
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu berkata kos RM55 bilion yang dilaporkan secara meluas sebelum ini hanya melibatkan fasa pertama projek mega tersebut.
"Ia bukan RM55 bilion. Sekiranya (anda) memasukkan kos fasa kedua, ia akan melibatkan RM11 bilion lagi.
"Jika anda mengambil kira kadar faedah dan semuanya, kemungkinan (kos keseluruhan) akan menjadi lebih besar," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Daim berkata, beliau menyerahkan kepada pihak kerajaan untuk mengumumkan keseluruhan kos tersebut.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa pentabiran kerajaan sebelum ini telah memberikan angka ekonomi yang tidak tepat.
Sejak enam hari lepas, Majlis Penasihat Kerajaan telah mengadakan 40 mesyuarat dan bertemu 50 individu pelbagai latar belakang termasuk pegawai kanan kerajaan dan wakil dari syarikat berkaitan kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan sektor korporat.
Hari ini, majlis itu memanggil Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd Datuk Zakaria Arshad; Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman; bekas Ketua Pengarah Felda Datuk Hanapi Suhada; Pengerusi Felda Investment Corporation Sdn Bhd Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim serta CEO Felcra Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope.
Sesi taklimat MRL dengan Majlis Penasihat Kerajaan diadakan 16 Mei lepas.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan membatalkan projek ECRL, Daim berkata: "saya tidak tahu (kerana) ini (perjanjian) melibatkan peringkat antara kerajaan.
"Saya berpendapat kerajaan China amat mesra (dengan Malaysia) dan kita mempunyai hubungan yang lama dengan kerajaan China, iaitu sejak 1994.
"Dalam tempoh 22 tahun di bawah kepimpinan Dr Mahathir sebelum ini, kita tidak pernah mengalami sebarang masalah. Kita bekerjasama rapat dan saya berpendapat kita akan terus menjalin kerjasama yang erat," katanya.
Projek ECRL sepanjang 688 kilometer itu menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Ia, yang dijangkakan siap pada 2024, akan melibatkan 28 stesen yang menawarkan perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo. - BERNAMA
Bernama
Fri May 18 2018
Ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan membatalkan projek ECRL, Daim berkata: "saya tidak tahu (kerana) ini (perjanjian) melibatkan peringkat antara kerajaan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Projek ECRL libatkan kos lebih RM55 bilion - Tun Daim
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijalankan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd akan melibatkan kos kira-kira RM66 bilion atau lebih tinggi.