awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Promosi tambang AirAsia, AirAsia X bermula Isnin

Bernama
Bernama
21/08/2016
03:39 MYT
Promosi tambang AirAsia, AirAsia X bermula Isnin
Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata promosi itu adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59. -Gambar fail
AirAsia dan AirAsia X kini menawarkan tambang promosi istimewa daripada serendah 59 sen sehala ke pelbagai destinasinya, menerusi tempahan dalam talian mulai Isnin hingga 28 Ogos, 2016.
Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata promosi itu adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59.
"Tambang asas tidak termasuk cukai dan fi hanya daripada 59 sen sehala itu adalah bagi destinasi dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Siem Reap, Ho Chi Minh City dan lain-lain.
"Tambang promosi ke semua destinasi dalam rangkaian perkhidmatan AirAsia dan AirAsia X seperti Macao, Lombok, Kolkata, Tehran, Osaka, Shanghai dan tempat lain yang menarik, turut ditawarkan dalam tempoh promosi berkenaan," kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Syarikat penerbangan itu berkata tambang promosi ini tersedia untuk tempoh seminggu di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia, dengan penumpang boleh terus terbang, selain menikmati tempoh perjalanan yang lebih lama dari 23 Ogos 2016 hingga 9 Mac 2017.
Topic Berkaitan
#59 sen
#AirAsia
#Airasia X
#Hari Kebangsaan
#tambang promosi istimewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan