KUALA LUMPUR: Walaupun pemberian vaksinasi COVID-19 mewujudkan keyakinan baharu terhadap perjalanan udara, namun dua pemain industri penerbangan, AirAsia Group Berhad dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) diunjur ‘melakarkan’ prospek yang berbeza.
Dari segi tahap keberuntungan, penganalisis di Kenanga Research, Raymond Choo Ping Khoon menjangkakan syarikat penerbangan termasuk AirAsia akan terus berdepan keadaan operasi lebih sukar sementara menunggu vaksinasi diperluaskan.
MAHB sebaliknya berpotensi menjadi saham pemulihan COVID-19 utama apabila keyakinan perjalanan udara kembali semula, ditambah pemangkin positif daripada pemeteraian Perjanjian Operasi (OA) dengan kerajaan.
“Harga saham MAHB telah meningkat 20% setakat ini, menghampiri tawaran peningkatan harga sasaran (TP) kami. Oleh itu, kami menyemak turun MAHB daripada ‘outperform’ kepada ‘market perform’ (TP:RM7).
“AirAsia sebaliknya yang berdepan kerugian dalam kemerosotan jumlah penumpang dan cabaran aliran tunai, memerlukan kutipan modal. Kekal ‘underperform’ ke atas AirAsia (TP:RM0.70),” jelas Ping Khoon dalam satu nota penyelidikan, semalam.
Namun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa perjalanan udara hanya akan pulih secara perlahan-lahan bermula suku pertama 2022 (1Q22).
Pada tempoh separuh pertama tahun kewangan 2021 (1HFY21), hasil MAHB menyusut 45% seiring jumlah penumpang di operasi Malaysia yang menguncup 84%.
Kerugian AirAsia sebaliknya menguncup bagi tempoh berkenaan dipacu oleh ketiadaan kerugian pertukaran lindung nilai bahan bakar.
Walaupun Kenanga menyemak turun penarafan MAHB buat masa ini, namun saham kumpulan mempunyai potensi untuk disemak semula sekiranya OA berjaya dimeterai dengan kerajaan.
Sebagai rekod, pada 12 April 2019, MAHB mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan lanjutan konsesi MAHB untuk mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia bermula 2034 hingga 2069.
“OA baharu yang dimeterai dengan kerajaan susulan daripada lanjutan konsesi itu (belum lagi ditandatangani) akan membuka jalan bagi penarafan semula sahamnya.
“Kami percaya OA baharu itu akan menjadi ‘mesra pelabur’, dan mewujudkan pembangunan MAHB yang mampan untuk tempoh jangka masa panjang, setelah terjejas akibat COVID-19 dari segi pertumbuhan trafik penumpangnya di Malaysia dan Turki,” tambah Ping Khoon.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Oct 01 2021
Syarikat penerbangan termasuk AirAsia dijangka akan terus berdepan keadaan operasi lebih sukar sementara menunggu vaksinasi diperluaskan. - Foto fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.