KUALA LUMPUR: Pembelian secara dalam talian oleh pengguna di Malaysia terus meningkat meskipun mereka kini boleh membeli barangan dan menikmati pengalaman pembelian secara fizikal.
Berdasarkan laporan tahunan SYNC Asia Tenggara oleh Meta dan Bain & Company, prospek membeli-belah digital secara keseluruhannya kekal positif di Malaysia, dengan Nilai Dagangan Kasar (GMV)
dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 11% bagi tempoh antara 2022 dan 2027.
Sebahagian besar keadaan ini dipacu oleh pertumbuhan stabil populasi pengguna digital di Malaysia, yang dicatatkan tertinggi berbanding negara serantau Asia Tenggara iaitu 25 juta pengguna.
Menurut data itu lagi, 99 peratus daripada angka tersebut merupakan pengguna berusia 15 tahun dan ke atas.
Pengarah Negara Meta Malaysia, Nicole Tan berkata meskipun pengguna mempunyai pilihan untuk membeli secara fizikal, namun membeli-belah dalam talian kekal menjadi saluran penting bagi pembeli dalam pengalaman keseluruhan pengguna.
“Di Malaysia, membeli-belah dalam talian kekal menjadi saluran penting bagi pembeli dalam pengalaman keseluruhan pengguna, walaupun mereka kini telah kembali ke kedai fizikal.
“Perniagaan dan pemilik jenama boleh memanfaatkan peluang ini dengan memberi pengalaman membeli-belah yang lancar dan bersepadu untuk memudahkan pengguna bersilih-ganti antara dalam dan luar talian di dunia endemik ini,” ujarnya.
Kajian juga menunjukkan cara promosi melalui penstriman video menggunakan platform e-dagang dilihat berjaya mempengaruhi minat belian pengguna.
Menerusi dapatan data oleh SYNC, rakyat Malaysia membeli-belah menerusi lebih banyak platform e-dagang berbanding sebelum ini dengan purata peningkatan 1.9 kali ganda bagi jumlah platform dalam talian yang digunakan oleh setiap pengguna sepanjang 2021 sehingga 2022.
Selain itu, industri turut menyaksikan kemunculan platform e-dagang alternatif susulan pengguna digital Malaysia yang kini lebih berpengalaman membeli-belah secara dalam talian.
“Kita akan terus menyaksikan evolusi perilaku pengguna di mana mereka mencari cara berkomunikasi yang lebih selesa, mudah dan menarik serta lebih terbuka untuk mencuba perkara baru.
“Kami melihat banyak penggunaan promosi menggunakan mesej oleh perniagaan di Malaysia dengan 61% responden menyatakan telah menggunakan sistem tersebut sejak tahun lalu.
"Terdapat juga penggunaan kandungan video yang mana media sosial menjadi sumber terpantas bagi penemuan carian dalam talian,” tambah Nicole.
Selain itu, ekonomi pencipta kandungan di Malaysia dilihat sedang meningkat dan pengguna boleh melibatkan diri dalam pengalaman pembelian barangan mereka sekali gus menjadi faktor utama yang memacu peralihan ke pembelian e-dagang menerusi promosi video.
Jumlah purata pembelian untuk hiburan, penstriman dan produk berkaitan dengan pencipta kandungan telah meningkat 8 kali ganda dalam tempoh tiga bulan berbanding sebelum kaji selidik dijalankan.
Sementara itu kajian turut mendapati corak pengguna digital dan masa depan e-dagang di Asia Tenggara dijangka lebih baik berbanding rantau lain.
Jangkaan tersebut tertumpu kepada prospek pertumbuhan jangka panjang walaupun nilai dagangan kasar (GMV) terganggu oleh tekanan rantaian bekalan dan inflasi.
Fahmi Izuddin
Tue Sep 06 2022
Menerusi dapatan data oleh SYNC, rakyat Malaysia membeli-belah menerusi lebih banyak platform e-dagang berbanding sebelum ini dengan purata peningkatan 1.9 kali ganda. - Gambar hiasan
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Ant Group perkenal tujuh sistem e-wallet baharu Asia ke Tanah Besar China
Ant Group secara rasmi mengalu-alukan tujuh e-dompet dan aplikasi pembayaran terkemuka baharu dari Asia ke Program "Alipay-in-China" (AChina).
Prospek e-dagang Malaysia positif, catat 25 juta pengguna
Sebahagian besar keadaan ini dipacu oleh pertumbuhan stabil populasi pengguna digital di Malaysia, iaitu seramai 25 juta.