KUALA LUMPUR: Pulau Pinang, Johor dan Selangor merupakan penyumbang sebanyak 70.5 peratus jumlah eksport negara pada April 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Eksport negara mencatat RM105.4 bilion manakala import RM92.6 bilion yang menjadikan jumlah perdagangan mencecah RM198 bilion bagi bulan tersebut.
Dalam kenyataan semalam, DOSM berkata Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan 31.5 peratus dan diikuti oleh Johor (21.7 peratus), Selangor (17.3 peratus), Sarawak (7.0 peratus) manakala Kedah (4.6 peratus).
Prestasi mengikut negeri menunjukkan eksport pada April 2023 turun sebanyak RM22.2 bilion (-17.4 peratus) berbanding bulan sama tahun lepas.
"Penurunan dipengaruhi oleh eksport lebih rendah daripada kebanyakan negeri iaitu Selangor -RM6.6 bilion); Pulau Pinang (-RM4.1 bilion); Sarawak (-RM2.9 bilion); Johor (-RM2.6 bilion); Sabah (-RM2.0 bilion); Perak (-RM1.2 bilion); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (-RM1.1 bilion); Pahang (-RM628.6 juta); Melaka (-RM472.6 juta); Wilayah Persekutuan Labuan (-RM113.8 juta); Kelantan (-RM79.0 juta); Terengganu (-RM66.8 juta) dan Perlis (-RM30.0 juta).
"Bagaimanapun, nilai eksport bagi Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing meningkat sebanyak RM111.6 juta dan RM26.6 juta," katanya.
Dari segi import, jabatan itu berkata Selangor muncul sebagai penyumbang utama dengan merekodkan 27.3 peratus dan diikuti oleh Johor (23.3 peratus); Pulau Pinang (20.3 peratus); Kuala Lumpur (7.9 peratus) dan Kedah (5.5 peratus).
Import pada April 2023 juga turun sebanyak -11.1 peratus atau RM11.5 bilion (-11.1%) berbanding tempoh sama pada 2022.
Menurutnya, penurunan itu disebabkan oleh import lebih rendah daripada kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (-RM5.4 bilion); Melaka (-RM3.3 bilion); Selangor (-RM1.7 bilion); Perak (-RM1.2 bilion) dan Kedah (5.5 peratus).
"Bagaimanapun, nilai import meningkat di Johor sebanyak RM2.0 bilion; Kuala Lumpur (RM284.1 juta); Sabah (RM94.8 juta); Kelantan (RM31.5 juta); Perlis (RM16.2 juta) dan Labuan (RM2.4 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan 31.5 peratus dan diikuti Johor (21.7 peratus), Selangor (17.3 peratus), Sarawak (7.0 peratus) dan Kedah (4.6 peratus). - Foto Jabatan Perangkaan

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia turun -3.0 peratus pada April 2023 - DOSM
Penguncupan IHPR bagi April disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan, kata DOSM dalam satu kenyataan hari ini.

Pulau Pinang, Johor dan Selangor penyumbang utama eksport bagi April 2023
Eksport negara mencatat RM105.4 bilion manakala import RM92.6 bilion, menjadikan jumlah perdagangan mencecah RM198 bilion bagi April 2023.

Harga eksport Malaysia turun 0.5 peratus pada April 2023
DOSM menyatakan indeks nilai seunit import turut susut 0.8 peratus kepada 128.2 mata daripada 129.2 mata.

Inflasi April perlahan pada 3.3 peratus
Kenaikan inflasi di Malaysia kekal didorong Restoran dan Hotel (6.6 peratus) dan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (6.3 peratus).

KIR miskin tegar berdaftar berkurang dalam 6 bulan lalu - Hanifah Hajar
Jumlah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar berdaftar berkurang daripada 124,744 kepada 118,217 KIR bagi tempoh 15 Disember 2022 hingga 15 Mei lalu.

Tinjauan perniagaan Malaysia kekal positif enam bulan akan datang - Perangkaan
Tinjauan perniagaan Malaysia dilihat kekal positif dalam tempoh enam bulan akan datang dari April hingga September 2023.

Pengkalan Kota DUN terkecil dengan kepadatan penduduk tertinggi - DOSM
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota di Pulau Pinang merupakan DUN terkecil dengan kepadatan penduduk tertinggi berjumlah 21,061 orang dalam setiap kilometer persegi.

Momentum perdagangan Malaysia dijangka bertambah baik pada awal separuh kedua - RHB Research
Momentum perdagangan Malaysia dijangka menunjukkan tanda-tanda peningkatan pada awal separuh kedua tahun ini berdasarkan pemulihan ekonomi global, kata RHB Research.

Produktiviti buruh catat pertumbuhan 2.1 peratus suku pertama 2023
Produktiviti buruh Malaysia yang dinyatakan sebagai nilai ditambah per jam bekerja mencatatkan pertumbuhan 2.1 peratus pada suku pertama (S1) 2023.

Kelahiran hidup meningkat 8.9 peratus pada suku pertama 2023
Jumlah kelahiran hidup di Malaysia meningkat bagi suku pertama 2023 dengan 111,604 kelahiran atau 8.9 peratus direkodkan berbanding suku pertama 2022 dengan 102,466 kelahiran.