KUALA LUMPUR: Pilihan majikan yang terbaik bagi graduan di Malaysia kini ditentukan secara langsung oleh suara mahasiswa sendiri menerusi pengumuman pemenang Talentbank Graduates’ Choice Award (GCA) 2026 sekali gus mengiktiraf organisasi paling menjadi pilihan graduan di seluruh negara.
Memasuki tahun kelapan penganjurannya, Graduates’ Choice Award kekal sebagai penanda aras terbesar bagi majikan di Malaysia yang dipacu sepenuhnya oleh pelajar universiti.
Advertisement
Bagi edisi 2026, lebih 740,000 undian terkumpul direkodkan daripada pelajar dari lebih 100 universiti di seluruh negara, sekali gus menjadikannya kajian persepsi majikan komprehensif dalam pasaran graduan tempatan.
Berbeza daripada anugerah yang dinilai oleh panel juri, keputusan GCA ditentukan 100 peratus oleh undian pelajar, memberikan gambaran sebenar tentang tenaga kerja masa depan Malaysia menilai peluang kerjaya sebelum memasuki alam pekerjaan sepenuh masa.
Bagi memastikan metodologi kajian ini kekal relevan dan kukuh, instrumen tinjauan GCA akan disemak setiap dua tahun menerusi Graduate Employability Bootcamp bersama pembuat dasar.
Senarai penuh pemenang Graduates’ Choice Award 2026 boleh dilihat di: https://www.graduateschoiceaward.com/graduates-choice-of-employer-to-work-for-in-2026/
Pemenang GCA 2026 terdiri daripada organisasi yang menduduki kedudukan tertinggi meliputi pelbagai sektor utama termasuk perkhidmatan kewangan, teknologi, ‘FMCG’, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, tenaga, perkhidmatan profesional serta platform digital.
Penilaian pelajar terhadap majikan dilakukan berdasarkan lima dimensi utama seperti yang berikut:
- peluang perkembangan kerjaya yang luas
- skop serta tanggungjawab kerja
- keseimbangan kerja dan kehidupan
- manfaat serta ganjaran
- reputasi syarikat
Secara keseluruhan, pemenang GCA 2026 menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan penjenamaan majikan serta daya tarikan bakat dalam landskap pekerjaan graduan di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho, berkata keputusan tahun ini memberikan isyarat yang jelas kepada pasaran mengenai faktor keutamaan graduan.
“Dengan lebih 740,000 undian terkumpul di seluruh negara, pemenang 2026 mewakili organisasi yang telah memperoleh kepercayaan dan keyakinan sebenar daripada pelajar universiti di seluruh Malaysia. Ini adalah gambaran langsung terhadap persepsi pasaran,” katanya menerusi sebuah kenyataan.
Beliau menambah, dalam landskap bakat yang semakin kompetitif, memahami jangkaan graduan bukan lagi satu pilihan bagi majikan, tetapi keperluan.
“Majikan yang menyelaraskan strategi mereka dengan keutamaan graduan hari ini akan membina saluran bakat yang lebih kukuh pada masa hadapan,” jelasnya.
Organisasi yang tersenarai sebagai pemenang datang daripada pelbagai latar industri, membuktikan bahawa kecemerlangan majikan tidak terhad kepada satu sektor sahaja. Daripada syarikat multinasional hingga perusahaan tempatan terkemuka, kedudukan tahun ini menonjolkan syarikat yang berjaya menempatkan diri sebagai majikan pilihan dalam kalangan bakat muda.
Bagi organisasi, kedudukan tinggi dalam GCA mencerminkan kekuatan jenama majikan dalam kalangan graduan, satu kelebihan penting untuk menarik bakat awal kerjaya dalam pasaran tenaga kerja yang semakin mencabar.
Bagi pelajar pula, keputusan ini berfungsi sebagai panduan yang dipercayai ketika menilai peluang kerjaya.
Keputusan GCA 2026 turut menegaskan satu mesej yang jelas: majikan yang mampu menawarkan peluang pembangunan, peranan kerja bermakna serta reputasi organisasi yang kukuh akan berada di hadapan dalam persaingan mendapatkan generasi bakat baharu Malaysia.
Susulan pengumuman pemenang tahun ini, proses pengundian bagi Graduates’ Choice Award 2027 kini dibuka secara rasmi.
Pelajar universiti di seluruh negara dijemput untuk mengundi dan membantu menentukan kedudukan majikan pilihan bagi tahun hadapan menerusi laman web tertera www.graduateschoiceaward.com/vote .
Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh layari laman web serta Facebook atau Instagram rasmi Talentbank seperti berikut.
Laman web: https://www.graduateschoiceaward.com/graduates-choice-of-employer-to-work-for-in-2026/
Facebook: https://www.facebook.com/talentbankgroup
Instagram: https://www.instagram.com/talentbank.io