KUALA LUMPUR: Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) berharap kontrak pembinaan bangunan berpiawaian Islam (i-SFC) 2024 yang dilancarkan pada Khamis dapat menarik pelaburan yang meluas dari dalam dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu i-SFC 2024 Tun Zaki Azmi berkata dengan menanam keyakinan melalui amalan patuh syariah dalam industri pembinaan akan memberi manfaat kepada ekonomi secara keseluruhan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada matlamat pembangunan mampan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Perbankan Islam di seluruh dunia sedang berkembang maju dengan aset dijangka mencecah AS$3.8 trilion pada 2023. Justeru, AIAC i-SFC 2024 ini menyasarkan untuk memanfaatkan momentum yang berkembang pesat ini, serta mengubah pertumbuhan kewangan kepada kemajuan infrastruktur yang ketara di negara kita.
"Ia bukan hanya sekadar kontrak, tetapi ia akan menjadi saluran untuk menghidupkan ekonomi, dengan menyalurkan prinsip syariah ke dalam rangka kerja pertumbuhan negara kita," katanya pada pelancaran kontrak itu di sini semalam.
Bekas ketua hakim negara itu berkata kontrak berkenaan, yang berlandaskan amalan patuh syariah, mencerminkan kebijaksanaan dan keadilan undang-undang syariah dan berfungsi sebagai panduan untuk transaksi yang memenuhi etika dan kerohanian.
Sementara itu, bekas dekan Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Khairuddin Abdul Rashid berkata pemahaman yang terhad merupakan antara cabaran untuk melaksanakan amalan syariah dalam industri pembinaan.
"Kekurangan penerbitan (maklumat) mengenai syariah dan aplikasinya menyumbang kepada terhadnya kefahaman dalam usaha membina kontrak yang patuh syariah," katanya semasa forum "Syariah Dalam Pembinaan: Pandangan dan Potensi Penggunaan Syariah Dalam Industri Pembinaan" pada Khamis.
Pengarah AIAC Datuk Sundra Rajoo berkata i-SFC 2024, yang disesuaikan mengikut garis panduan Bank Negara Malaysia dan Organisasi Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam, adalah kontrak patuh syariah pertama di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Tun Zaki ketika berucap pada Majlis Pelancaran AIAC i-SFC 2024 di bangunan AIAC Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Inisiatif penstrukturan semula AIAC dilaksana secara berfasa - Azalina
Inisiatif penstrukturan semula Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan pembaharuan tadbir urus Pusat.
Pusat Timbang Tara Asia harap kontrak binaan patuh syariah tarik pelabur tempatan dan asing
Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) berharap kontrak pembinaan bangunan berpiawaian Islam (i-SFC) 2024 dapat menarik pelaburan yang meluas dari dalam dan luar negara.
Malaysia bersedia jadi hab selesaikan pertikaian peringkat global - Wan Junaidi
Malaysia bersedia menjadi hab bagi menyelesaikan pertikaian di peringkat global dengan pelancaran Kaedah-Kaedah Timbang Tara-i 2021.
Keputusan AIAC hanya antara Akhyar dan Kedah - Stuart Ramalingam
Keputusan AIAC tersebut hanya antara pemain sayap berumur 19 tahun itu dengan KFA.
Keputusan AIAC mengenai kes Akhyar diketahui hujung bulan ini
Pada hujung tahun lalu, KFA mengemukakan rayuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan FAM yang menetapkan pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar.