Skip to main content

Bisnes

Qatar Airways terus gantung penerbangan ke Kuwait, Bahrain, Erbil

The Qatar Airways logo is pictured at the International Tourism Trade Fair ITB in Berlin, Germany, March 7, 2018 Purchase Licensing Rights
- REUTERS
Advertisement

DOHA: Qatar Airways akan terus menggantung penerbangan penumpang ke Kuwait, Bahrain dan bandar Erbil di Iraq sehingga 7 Ogos, menurut nasihat perjalanan syarikat penerbangan nasional itu pada Khamis, lapor Xinhua.

Qatar Airways mula mengumumkan penggantungan berkenaan pada 24 Julai dengan penerbangan ke Bahrain dan Erbil dihentikan sehingga 25 Julai, manakala perkhidmatan ke Kuwait digantung sehingga 31 Julai.

Pelanjutan itu dibuat ketika ketegangan serantau semakin meningkat.

Pada Rabu, Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap kumpulan separa tentera Iraq, dalam operasi ketenteraan bersama yang jarang berlaku.

Tentera AS turut melancarkan serangan baharu terhadap Iran selepas operasi dihentikan selama beberapa hari.

Pada Khamis, Iran berkata pihaknya melancarkan serangan balas terhadap kemudahan serta aset ketenteraan AS di Jordan, Kuwait dan Bahrain.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement