awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar Holdings cadang labur RM15j di Johor

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2013
11:00 MYT
Qatar Holdings cadang labur RM15j di Johor
Qatar Holdings merancang untuk melabur USD5 bilion (RM15.37 bilion) di dalam Kompleks Integrasi Petroleum Pengerang (PIPC) di Johor.
Kemasukkan pelaburan tersebut akan menjadikan jumlah pelaburan Qatar Holdings di Malaysia melebihi USD10 bilion (RM 30 bilion).
Menurut naib pengerusi Qatar Holdings Hussain Ali A-Abdulla, pelaburan sebanyak RM15.37 bilion adalah untuk adalah untuk tempoh tiga ke empat tahun akan datang.
Ini selepas Qatar Holdings berjaya melakukan pelaburan sebanyak RM100 juta di Malaysia tahun lalu sebagai pelabur asas di dalam firma Felda Global Ventures Holdings.
Kompleks PIPC bertujuan mentransformasikan zon Asia Tenggara menjadi sebuah hab perdagangan global bagi minyak dan gas.
Ia juga bakal membantu meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh untuk bersaing dengan negara jiran antaranya Singapura untuk menjadi hub petrokimia utama di Asia.
Kompleks Pengerang dijangka menarik pelaburan sehingga RM170 bilion menjelang permulaan operasi rasminya pada 2016.
Ia antara lain melibatkan pembinaan sebuah kilang penapisan dan petrokimia bernilai RM60 bilion oleh Petroliam Nasional Berhad.
Topic Berkaitan
#Johor
#Kompleks Integrasi Petroleum Pengerang
#Malaysia
#Qatar Holdings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan