awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap Kanada jika Ottawa adakan perjanjian dengan China
Perak peruntuk RM1.8 juta bantu sekolah persendirian Cina
Indonesia tarik diri sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafique Merican dilantik sebagai pegawai bertanggungjawab Maybank

Bernama
Bernama
04/06/2013
05:35 MYT
Rafique Merican dilantik sebagai pegawai bertanggungjawab Maybank
Mohamed Rafique Merican Mohd Wahiduddin Merican telah dilantik sebagai pegawai bertanggungjawab Maybank berkuat kuasa 5 Jun 2013 sementara menunggu pelantikan presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu.
Rafique akan menyelia keseluruhan perjalanan operasi hari ke hari kumpulan Maybank sehingga pelantikan presiden dan CEO untuk menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Wahid dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pelantikan beliau itu juga berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Rafique, yang menyertai Maybank pada Jun 2012, kini merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank.
Sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Kumpulan Maybank, Rafique akan memastikan kelangsungan keseluruhan operasi kumpulan itu dan bertanggungjawab terus kepada lembaga pengarah.
Lembaga pengarah Maybank sedang melaksanakan proses memilih Presiden dan CEO, dan selepas itu akan membuat pengumuman sewajarnya telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#ceo baru
#Maybank
#rafique merican
#wahid omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan