Skip to main content

Malaysia

e-Konsular kekal sukarela, belum ada cadangan wajib daftar - Tok Mat

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pendaftaran menerusi sistem itu kekal secara sukarela buat masa ini. -Gambar YouTube Parlimen
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pendaftaran menerusi sistem itu kekal secara sukarela buat masa ini. -Gambar YouTube Parlimen

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerajaan belum bercadang mewajibkan pendaftaran e-Konsular kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara, sama ada melancong, menetap atau belajar.
  • Rakyat Malaysia digalakkan menggunakan e-Konsular dan aplikasi MyWorld Alert untuk memudahkan bantuan serta komunikasi semasa kecemasan di luar negara.
  • Isu keberadaan rakyat Malaysia di luar negara menjadi perhatian selepas beberapa bencana, termasuk insiden di Nepal yang melibatkan 54 rakyat Malaysia masih hilang.

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang mewajibkan rakyat Malaysia yang melancong, menetap atau belajar di luar negara mendaftar menerusi sistem e-Konsular.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pendaftaran menerusi sistem itu kekal secara sukarela buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kemudahan berkenaan bagi memudahkan pejabat perwakilan negara mengenal pasti keberadaan mereka sekiranya berlaku kecemasan atau bencana.

“Belum ada lagi hasrat pihak kementerian untuk memohon daripada kerajaan untuk menjadikannya sebagai mandatori kepada rakyat Malaysia sama ada yang menetap di luar negara ataupun yang melancong ataupun pelajar.

“Tetapi kita berharap supaya rakyat Malaysia yang melancong, menetap ataupun yang pergi belajar ke luar negara gunakanlah kemudahan e-Konsular ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad berkata, maklumat berkenaan penting bagi membolehkan kedutaan atau pejabat perwakilan Malaysia menghubungi rakyat negara ini apabila bantuan diperlukan.

Menurut beliau, pendaftaran e-Konsular hanya memerlukan maklumat asas bagi membolehkan kerajaan mengetahui keberadaan rakyat Malaysia di sesebuah negara.

Pada masa sama, rakyat Malaysia turut digalakkan menggunakan aplikasi MyWorld Alert sebagai saluran komunikasi pantas ketika berada di luar negara.

Mohamad berkata aplikasi itu membolehkan maklumat dan amaran penting disalurkan kepada rakyat Malaysia dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.

Ia turut mempunyai fungsi berasaskan lokasi menerusi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) bagi membolehkan pengguna berhubung dengan pejabat perwakilan Malaysia berdekatan.

Beliau menjelaskan MyWorld Alert berfungsi sebagai sistem komunikasi, manakala e-Konsular digunakan untuk memaklumkan keberadaan rakyat Malaysia kepada pihak berkuasa.

Isu keberadaan rakyat Malaysia di luar negara turut mendapat perhatian susulan beberapa bencana yang memerlukan tindakan dan bantuan konsular.

Antaranya bencana besar di Nepal pada 26 Ogos lalu yang menyaksikan 54 rakyat Malaysia masih dikategorikan hilang dan tidak dapat dihubungi setakat hari ini.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Adakah pendaftaran e-Konsular diwajibkan untuk rakyat Malaysia di luar negara? 
    A: Tidak, pendaftaran e-Konsular masih bersifat sukarela dan belum diwajibkan oleh kerajaan.
  • Q: Apakah tujuan utama pendaftaran melalui sistem e-Konsular? 
    A: Tujuan utama adalah untuk memudahkan pejabat perwakilan Malaysia mengenal pasti keberadaan rakyat Malaysia sekiranya berlaku kecemasan atau bencana.
  • Q: Apakah aplikasi MyWorld Alert dan fungsinya kepada rakyat Malaysia di luar negara? 
    A: MyWorld Alert ialah aplikasi komunikasi pantas yang membolehkan maklumat dan amaran penting disalurkan segera kepada rakyat Malaysia serta mempunyai fungsi lokasi GPS untuk berhubung dengan pejabat perwakilan Malaysia berdekatan.
  • Q: Apakah maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran e-Konsular? 
    A: Pendaftaran e-Konsular hanya memerlukan maklumat asas bagi membolehkan kerajaan mengetahui keberadaan rakyat Malaysia di sesebuah negara.
  • Q: Apakah insiden yang menyebabkan isu keberadaan rakyat Malaysia di luar negara mendapat perhatian? 
    A: Isu ini mendapat perhatian susulan beberapa bencana, termasuk bencana besar di Nepal pada 26 Ogos lalu yang menyaksikan 54 rakyat Malaysia masih hilang dan tidak dapat dihubungi setakat hari ini.

Must Watch Video

Advertisement