KUALA LUMPUR: Jumlah rakyat Malaysia yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat menyimpan wang pada setiap bulan meningkat dua mata peratusan pada tahun ini kepada 21 peratus berbanding 19 peratus pada tahun lepas, menurut Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2021.
Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus Hann Liew berkata situasi krisis kredit itu disebabkan keadaan pandemik dan ekonomi semasa.
"Sebanyak 21 peratus daripada rakyat Malaysia memberitahu kami bahawa mereka tidak dapat menyimpan satu sen pun pada setiap bulan, meningkat daripada 19 peratus responden pada tahun lepas.
"Mereka yang dapat menyimpan kurang daripada RM500 atau tidak dapat membuat sebarang simpanan adalah sebanyak 56 peratus pada tahun ini berbanding 49 peratus pada tahun lepas dan mereka yang dapat menyimpan RM1,500 atau lebih pada setiap bulan adalah sebanyak 15 peratus berbanding 20 peratus pada tahun lepas.
"Secara ringkasnya, menyimpan lebih sukar daripada sebelumnya dan kita dapat mengaitkannya dengan pandemik dan keadaan ekonomi," katanya pada acara RMFLS 2021 secara maya hari ini.
Kajian RMFLS 2021 melibatkan 3,000 responden dalam semua kumpulan pendapatan di Malaysia.
Selain itu, Hann berkata kajian tersebut turut mencatatkan penurunan peratusan yang besar dalam kalangan rakyat yang percaya simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka mencukupi untuk persaraan.
"Sebanyak 15 peratus daripada responden kami pada tahun ini menyatakan bahawa mereka percaya simpanan KWSP mereka mencukupi untuk persaraan berbanding 30 peratus pada tahun lepas - ini adalah penurunan yang besar.
"Sebanyak 85 peratus daripada responden berpendapat simpanan KWSP mereka sahaja tidak mencukupi untuk persaraan dan hampir separuh daripadanya - 45 peratus - menyatakan bahawa mereka belum memulakan sebarang perancangan persaraan - ini adalah metrik sama yang membimbangkan. Sama seperti tahun lepas, perbezaannya lebih besar daripada yang kami jangkakan," katanya.
Kajian itu turut menunjukkan bahawa 52 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak akan dapat bertahan lebih daripada tiga bulan sekiranya kehilangan pekerjaan; 44 peratus membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka dan 76 peratus percaya bahawa mereka mengawal wang mereka.
"Pada tahun ini, membina dana kecemasan menjadi alasan utama rakyat Malaysia untuk menyimpan wang," katanya, sambil menambah pandemik telah mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia daripada tabiat kewangan yang lemah sebelum ini mengenai simpanan dan perbelanjaan.
Oleh itu, dalam mencari penyelesaian untuk mereka, katanya RinggitPlus bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk memperkenalkan Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus dan Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus untuk membantu orang ramai melancarkan pengurusan kewangan mereka.
"Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus adalah kaedah penilaian yang menilai kedudukan kewangan anda meliputi aliran tunai, pengurusan hutang, insurans dan pengurusan kekayaan.
"Produk kedua kami - Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus - adalah perkhidmatan perancangan kewangan digital kami apabila anda boleh mendapat pakar yang bertauliah secara langsung dalam talian tanpa perlu pergi ke mana-mana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Kajian tersebut turut mencatatkan penurunan peratusan yang besar dalam kalangan rakyat yang percaya simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka mencukupi untuk persaraan.- Gambar hiasan
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Air mata di Aidilfitri, jenazah Wan Nur Adlina Alisa selamat dikebumi
Tiada yang lebih menyedihkan bagi keluarga Wan Nur Adlina Alisa apabila terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan hiba apabila menerima jenazahnya, sebelum mengebumikannya.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Rakyat Malaysia boleh bersatu jika cari titik perpaduan - Ahmad Zaharil
Rakyat Malaysia perlu bersatu hati merai kepelbagaian tradisi dan budaya, kata peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.