RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menurunkan unjuran inflasi keseluruhannya bagi 2019 kepada 2 peratus daripada 2.7 peratus diunjurkan sebelum ini.
Dalam kenyataan pada Rabu, agensi penarafan kredit itu berkata semakan semula itu disebabkan perubahan jangkaan mengenai harga minyak mentah global, yang menunjukkan kepada julat purata yang lebih rendah sebanyak AS$60 hingga AS$65 setong bagi tahun ini.
"Analisis kami menunjukkan untuk setiap AS$5 setong bergerak dalam harga minyak mentah Brent, inflasi secara keseluruhan mempunyai potensi perubahan 0.3 mata peratusan," katanya.
Sementara itu, RAM Ratings turut menjangka inflasi negara naik kepada 0.3 peratus pada Disember 2018 daripada 0.2 peratus pada bulan sebelumnya berikutan tekanan deflasi daripada komponen bahan api pengangkutan.
"Harga minyak RON95 merosot 3.3 peratus tahun ke tahun pada Disember 2018, susulan penurunan sebanyak 4.5 peratus pada November.
"Oleh itu, inflasi secara keseluruhan dijangka sebanyak satu peratus pada 2018," katanya.
Mengenai impak daripada Mekanisme Harga Automatik (APM) mingguan bagi harga minyak yang dilaksanakan semula bulan ini, RAM Ratings berkata APM dijangka tidak memberi tekanan yang ketara ke atas inflasi dalam jangka masa pendek.
Katanya APM akan dilaksanakan menjelang mekanisme subsidi bahan api yang dijangka akan dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.
"Selain itu, harga minyak mentah global turut dijangka diniagakan tinggi sedikit berbanding pada permulaan tahun ini," katanya.
RAM Ratings berkata jika harga minyak mentah naik melebihi RM2.20 seliter, ia akan menyebabkan penggunaan subsidi untuk mengekalkan harga siling, yang kemudiannya melibatkan tekanan inflasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 23 2019
RAM Ratings turut menjangka inflasi negara naik kepada 0.3 peratus pada Disember 2018 daripada 0.2 peratus pada bulan sebelumnya. - Gambar hiasan
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.