KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam proses menerima 19 tren empat gerabak baharu bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya.
Menurut Rapid Rail dalam kenyataan hari ini, menerusi projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27 (KLAV27) itu, tren-tren tersebut akan diterima secara berperingkat bermula Jun 2023 sehingga Disember 2024 dan akan menggantikan sebahagian daripada operasi tren dua gerabak yang diguna pakai sejak 1998.
Bagi operasi penambahbaikan perkhidmatan LRT itu pula, Rapid Rail memaklumkan pihaknya masih menunggu penerimaan 'tachometer' (alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan putaran enjin) yang ditempah pada pertengahan Mei 2022 daripada pembekal di Eropah.
"Pihak Rapid Rail telah menerima surat daripada pembekal menyatakan jadual penghantaran alat ganti ini mengalami kelewatan daripada jadual asal iaitu bulan Disember 2022 disebabkan masalah bekalan komponen elektronik bagi 'tachometer' tersebut.
"Jangkaan tarikh baharu penghantaran alat ganti akan diterima secara berperingkat dari sekarang sehingga Mei 2023. Bagaimanapun, pihak Rapid Rail sedang dalam perbincangan dengan pihak pembekal agar penghantaran alat ganti tersebut dapat dipercepatkan," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja penukaran akan segera dijalankan dan kekerapan tren dijangka kembali kepada tiga minit menjelang September 2023 setelah menerima alat ganti tersebut.
Mengenai status terkini operasi penambahbaikan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang, program penggantian roda sedang giat dijalankan dan Rapid Rail telah membeli sebanyak 1,040 unit roda baharu yang akan diterima secara berperingkat untuk penggantian itu.
"Proses penggantian ini telah bermula sejak Jun 2022 dan dijangka siap pada Ogos 2023. Kerja-kerja penggantian memerlukan tempoh masa bagi memastikan kualiti pemasangan dijalankan secara terperinci dan teliti demi keselamatan pengguna.
"Melalui proses penggantian ini, lebih banyak tren boleh beroperasi. Penambahbaikan secara progresif akan dapat dilihat dari sekarang dan kekerapan tren akan dapat dikembalikan kepada empat minit di waktu puncak pada Ogos 2023," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, bagi operasi penambahbaikan perkhidmatan Monorel, Rapid Rail memaklumkan menjelang Disember tahun ini, sebanyak lapan tren akan beroperasi bagi membolehkan kekerapan tren dikurangkan kepada enam minit di waktu puncak.
"Perkhidmatan Monorel kini beroperasi menggunakan tujuh set tren dengan kekerapan tujuh minit di waktu puncak dan 10 minit di luar waktu puncak pada hari bekerja.
"Selaras dengan pembukaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 yang dijadualkan pada suku pertama 2023, perkhidmatan Monorel dijangka beroperasi menggunakan 10 set tren dengan kekerapan lima minit," menurutnya.
Dalam pada itu, pihak Prasarana turut melanjutkan waktu puncak perkhidmatan tren iaitu 7 pagi hingga 9.30 pagi (waktu puncak pagi) dan 5 petang hingga 7.30 malam (waktu puncak petang) selaras dengan penambahan kekerapan perkhidmatan Rapid Bus bagi kemudahan pengguna, bermula semalam.
"Rapid Rail akan memaklumkan perkembangan proses penambahbaikan dari semasa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran media sosial dan media massa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022
Menerusi projek KLAV27 itu, tren-tren tersebut akan diterima secara berperingkat bermula Jun 2023 sehingga Disember 2024. - Gambar/ Rapid Rail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu
Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.
Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren
Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.
Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi
LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi hari ini dengan stabil, walaupun terdapat gangguan sementara kepada sistem keselamatan bukan kritikal.
Eskalator terbakar di Jalan Ampang bukan seliaan Rapid Rail
Rapid Rail Sdn Bhd hari ini menjelaskan eskalator di Jalan Ampang di sini, yang terlibat dengan insiden kebakaran awal pagi tadi, bukan di bawah seliaan pihaknya.
Rapid Rail umum penutupan sementara Plaza Stesen LRT Masjid Jamek
Rapid Rail mengumumkan penutupan sementara kesemua pintu keluar atau masuk di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek mulai Khamis.
Kanvas tersekat bawah tren MRT, ramai terkandas
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan gangguan perkhidmatan MRT di Damansara apabila kanvas sebuah papan iklan terjatuh pada landasan.
Monorel Jalan Imbi-Hang Tuah dijamin selamat - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan perkhidmatan monorel antara stesen Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah adalah selamat.