BISNES
RichWorks Transformasi360 dorong usahawan tempuh badai

Program pembangunan diri Transformasi360 'Bangkit Dalam Badai' edisi akhir untuk 2025 anjuran Richworks mendapat sambutan hangat. -Foto Richworks
KUALA LUMPUR: Dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar, ramai usahawan, golongan bekerja dan suri rumah berdepan tekanan hidup. Namun, ada yang memilih untuk bangkit mencari jalan keluar.
Ringkasan AI
- Program Transformasi360 Bangkit Dalam Badai anjuran RichWorks bantu peserta bina semula keyakinan dan hala tuju hidup dalam suasana ekonomi mencabar.
- Azizan Osman umum gerakan Usahawan Bangkit untuk latih usahawan manfaatkan teknologi seperti AI, platform digital, media sosial dan e-dagang.
- Program tarik penyertaan dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, bukti keinginan ramai untuk bangkit dan maju dalam perniagaan.
“Selepas tiga hari program ini, nampak perbezaan mereka yang hadir ini berubah, mereka lebih menyerlah dari segi komitmen mereka dan keinginan mereka untuk upgrade hidup mereka.
“Menerusi program ini kita nak sebenarnya nak membantu mereka untuk cungkil potensi mereka, produk mereka.
“Memang ekonomi mencabar tetapi kalau mereka nampak dan faham di mana pasaran yang mereka patut fokus berdasarkan pengalaman dan result yang kita ada, insya-Allah mereka akan boleh menang dalam market,” katanya.

Azizan ketika menyampaikan taklimat di Transformasi360 'Bangkit Dalam Badai'. - Foto Richworks
Selain itu, Azizan turut mengumumkan inisiatif baharu, gerakan usahawan bangkit, yang menekankan kepentingan teknologi semasa termasuk Kepintaran Buatan (AI), platform digital, media sosial dan e-dagang dalam kalangan usahawan.
“Kami ingin menggerakkan satu gerakan yang dinamakan ‘Usahawan Bangkit’, yang mana saya melihat ramai usahawan boleh melonjak lebih jauh tetapi mereka ini tidak ada ilmu yang betul tentang penggunaan AI, digital platform, sosial media, e-commerce mereka tidak tahu menyebabkan mereka ini terhalang kejayaan perniagaan mereka.
“Jadi gerakan usahawan bangkit ini, kita akan turun ke lapangan dan asah mereka bagaimana teknologi semasa ini membantu dalam perniagaan mereka,” tambahnya.

Edisi Transformasi360 kali ini menarik penyertaan bukan sahaja dari seluruh Malaysia, malah Singapura, Indonesia dan Brunei . - Foto Richworks
Edisi Transformasi360 kali ini menarik penyertaan bukan sahaja dari seluruh Malaysia, malah Singapura, Indonesia dan Brunei sekali gus menjadi bukti keinginan ramai untuk terus bangkit walau dalam badai.
Bagi usahawan yang berminat untuk mendapatkan konsultasi percuma, layari laman web www.richworks.com/nakdibimbing .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami