awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit cecah RM2.95 menjelang akhir tahun

Bernama
Bernama
09/01/2013
07:56 MYT
Ringgit cecah RM2.95 menjelang akhir tahun
Ringgit dijangka meningkat kepada RM2.95 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun berdasarkan jangkaan bahawa rizab antarabangsa Malaysia akan terus bertambah baik.
Mata wang itu mengakhiri dagangan pada RM3.05 bagi setiap dolar tahun lepas.
Sambil menyuarakan keyakinannya, Pakar Ekonomi Alliance Research, Manokaran Mottain, berkata rizab antarabangsa boleh mencapai US$150 bilion menjelang akhir 2013.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$139.7 bilion pada 31 Dis, 2012 berbanding US$139.2 bilion yang dicatatkan pada 14 Dis, 2012.
Manokaran berkata peningkatan itu terutamanya disebabkan oleh pengaliran masuk pelaburan langsung asing dan dana portfolio secara berterusan ke dalam ekonomi, memandangkan perbezaan kadar faedah yang positif dan mencatat rekod pada 290 mata asas.
"Selain itu, prospek ekonomi yang berdaya tahan dan kadar faedah yang teguh mungkin juga menyumbang kepada peningkatan penyertaan pelabur asing, terutamanya dalam pasaran bon," katanya dalam satu nota hari ini.
Manokaran berkata rizab juga meningkat disebabkan oleh lebihan daripada kegiatan eksport dalam tiga bulan kebelakangan ini.
"Ekoran pengaliran masuk dana yang semakin meningkat dalam sistem, kami menganggarkan tahap lebihan mudah tunai dalam sistem perbankan kekal tinggi pada kira-kira RM295 bilion pada 31 Dis," katanya.
Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, berkata rizab antarabangsa akan terus meningkat pada kadar yang teguh tahun ini, dengan disokong oleh pengaliran masuk modal langsung dan asing, serta lebihan dagangan yang berterusan.
"Rizab antarabangsa berada pada tahap yang teguh dan ia akan mengukuhkan pasaran mata wang,"
Rizab antarabangsa yang tinggi merupakan satu faktor yang akan menyokong keteguhan ringgit, kata Yeah, sambil menambah bahawa unit tempatan itu berkemungkinan berlegar di antara RM2.90 dan RM2.95 dalam 11 bulan akan datang.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Kumpulan RAM Holdings
#Pakar Ekonomi
#Ringgit cecah RM2.95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan