awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka agak tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
05/08/2022
03:45 MYT
Ringgit dibuka agak tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 9.04 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.450/4580 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada paras 4.4565/4590. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka agak tinggi berbanding dolar AS pagi ini selepas nilai dolar AS terus menunjukkan kelemahan berikutan meningkatnya ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pada jam 9.04 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.450/4580 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada paras 4.4565/4590.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pelabur masih bimbang ekoran latihan ketenteraan yang dilakukan China berhampiran sempadan Taiwan.
Menurut laporan berita, 22 jet China telah melintasi zon pertahanan udara Taiwan dan 'garisan median' Selat Taiwan.
Diniz juga menyatakan dolar menyusut walaupun data Tuntutan Pengangguran Awal Amerika Syarikat yang dikeluarkan semalam kekal kukuh.
Walaupun tuntutan awal untuk insurans pengangguran meningkat kepada 260,000 minggu lepas, tinggi sedikit daripada jangkaan, jumlah itu masih pada tahap yang rendah, jelasnya.
"Namun begitu, gambaran yang lebih tepat mengenai pasaran buruh akan dapat diketahui dengan keluaran data senarai gaji bukan ladang (NFP) pada hari Jumaat," katanya kepada Bernama.
Beliau menambah penghasilan pekerjaan di AS ialah penunjuk penting kerana ia memberi penerangan tentang keadaan ekonomi terbesar dunia itu, yang boleh menjejaskan pasaran global.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3499/3526 daripada penutupan Khamis pada 3.3228/3251, lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2367/2394 daripada 3.2310/2333 dan susut berbanding euro kepada 4.5775/5806 daripada 4.5398/5424 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.4070/4107 daripada 5.4271/4302 pada Khamis.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#Dyogenes Rodrigues Diniz
#ActivTrades
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan