awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS pagi ini

Bernama
Bernama
09/08/2021
02:20 MYT
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS pagi ini
Pada jam 9.02 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2230/2250 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pada pagi Isnin minggu ini sedikit lemah dengan para pelabur masih lagi bimbang dengan kes tertinggi harian COVID-19 di Malaysia.
Pada jam 9.02 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2230/2250 berbanding dolar AS daripada 4.2180/2205 pada Jumaat minggu lepas.
Malaysia mencatatkan 20,889 jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat, angka tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lepas tetapi jumlah kes positif baharu menurun kepada 18,688 pada Ahad dengan 360 kematian direkodkan.
Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata pengumuman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Ahad mengenai pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial amat dinanti-nantikan.
"Berita itu sedikit sebanyak mencetuskan beberapa sentimen baik untuk mata wang tempatan yang sejak kebelakangan ini agak lesu, terutamanya disebabkan oleh lonjakan kes COVID-19 dalam negara,"' katanya kepada Bernama.
Antara kelonggaran yang diberikan termasuk merentas daerah atau negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh dan ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinasi turut dibenarkan berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.
Negeri yang telah beralih ke Fasa Dua dan berikutnya di bawah Pelan Pemulihan Negara dibenarkan "dine-in" di restoran untuk mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.
Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8300/8322 daripada 3.8415/8442 pada penutupan Jumaat minggu lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.9633/9656 daripada 4.9815/9844.
Ia lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1152/1169 daripada 3.1219/1240 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8548/8575 daripada 5.8685/8720.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan