KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika Indeks Dolar AS kekal lemah daripada peningkatan selama 11 minggu, sebelum ini.
Sentimen pasaran juga lebih berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi AS mengenai perdagangan pada minggu ini, dalam usaha mendapatkan petunjuk lebih jelas berkaitan hala tuju pasaran, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit berada di paras 4.6530/6555 berbanding dolar AS daripada 4.6535/6565 pada akhir urus niaga Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi dolar AS agak mendatar pada masa ini berikutan pasaran lebih tertumpu menunggu data pasaran pekerjaan di negara maju itu pada akhir minggu ini.
Senarai gaji bukan perladangan (NFP) pula akan diumumkan pada Jumaat dengan anggaran ramai atau konsensus menjangkakan angka susut kepada 170,000 pada Ogos daripada 187,000 sebelum ini manakala kadar pengangguran mungkin kekal pada 3.5 peratus, katanya.
Mohd Afzanizam berkata lelongan bon Perbendaharaan AS selama dua tahun dan lima tahun berjaya mencatat hasil tertinggi sejak 2008, sekali gus menunjukkan sentimen pasaran bon menjangkakan kenaikan kadar faedah terbukti masih belum reda.
Selain itu, kadar inflasi dengan perbelanjaan penggunaan peribadi teras yang akan diumumkan pada Khamis, dijangka mencatat 4.2 peratus bagi Julai berbanding 4.1 peratus pada Jun, berdasarkan anggaran konsensus.
"Berikutan itu, ringgit diunjur kekal lemah berbanding dolar AS dalam tempoh terdekat ini ketika pasaran tidak pasti sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengubah pendirian dalam keadaan langkah yang ketat di pasaran tenaga kerja," katanya.
"Kami menjangkakan ringgit dalam julat 4.64 hingga 4.66 berbanding dolar AS dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, ringgit turut dibuka rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan itu susut berbanding euro kepada 5.0364/0391 daripada 5.0290/0323; rendah berbanding pound Britain kepada 5.8693/8724 daripada 5.8522/8560 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.1772/1793 daripada 3.1752/1774 semalam.
Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain, termasuk susut berbanding dolar Singapura pada 3.4339/4360 daripada 3.4282/4307.
Ia bagaimanapun mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 304.2/304.5 daripada 304.2/304.6 sebelum ini namun susut berbanding baht Thailand kepada 13.1940/2063 daripada 13.1936/2088 serta rendah sedikit berbanding peso Filipina pada 8.20/8.20 daripada 8.19/8.20.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Pada 9 pagi, ringgit berada di paras 4.6530/6555 berbanding dolar AS daripada 4.6535/6565 pada akhir urus niaga Isnin. -Gambar hiasan/Astro AWANI
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Budak 5 tahun nodai adik kembar akibat ketagih seks
Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.
Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis
Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
13 maut kemalangan jalan raya di Peru
Nahas terbaru itu berlaku pada jam 6.30 pagi, waktu tempatan, membabitkan kenderaan milik sebuah syarikat pengangkutan.
Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.