awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Malaysia arah sekatan sementara terhadap Grok berkuat kuasa hari ini
Fasa kedua pilihan raya Myanmar bermula Ahad dalam suasana kurang meriah
2 kanak-kanak nyaris lemas, ditemui tidak sedar diri tepi kolam renang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden pesawat Hornet: Juruterbang, pembantu juruterbang dilapor selamat, terima rawatan di HTAA - KP Pahang

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2025
16:12 MYT
Insiden pesawat Hornet: Juruterbang, pembantu juruterbang dilapor selamat, terima rawatan di HTAA - KP Pahang
Yahaya berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM dilaporkan selamat dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan insiden kemalangan membabitkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan.
Mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI, Yahaya berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM dilaporkan selamat dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, insiden itu berlaku ketika pesawat hendak berlepas dari landasan.
"Saya boleh mengesahkan insiden itu berlaku melibatkan pesawat milik TUDM di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Untuk pengetahuan, laporan awal kita terima tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang dilaporkan selamat dan telah dibawa ke HTAA, Kuantan untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi pada malam Khamis.
Terdahulu, TUDM dalam kenyataan memaklumkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet miliknya terbabit dalam kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, pada Khamis.
Menurut kenyataan itu kejadian berlaku pada jam 9.05 malam, namun setakat ini tiada butiran lanjut termasuk keadaan juruterbang dan penumpang didedahkan.
TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan menyalurkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#nahas pesawat
#pesawat Hornet
#TUDM
#Kuantan
#HTAA
#Yahaya Othman
#juruterbang selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan