MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Ogos 2025.
Seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia kini boleh menyemak kelayakan masing-masing bagi menerima Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi portal rasmi SARA.
Seorang guru Bahasa Inggeris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam, dengan mendakwa Allahyarham Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menunggu laporan penuh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia berhubung kesahihan sumber dirujuknya sebelum mengeluarkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95, sebelum ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelaksanaan reformasi institusi termasuk sistem perundangan perlu mengambil kira pandangan semua pihak dan menyeluruh, bukan hanya bergantung kepada keputusan mahkamah semata-mata.
Malaysia tidak bercadang untuk menganjurkan semula Kejohanan Formula 1 buat masa ini memandangkan kos yuran hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi, selain kalendar perlumbaan yang padat, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Aduan serta laporan terhadap kandungan video yang cuba mencemarkan imej Lembaga Tabung Haji (TH) di media sosial telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman pengintipan oleh elemen asing yang boleh menggugat keselamatan negara.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada semua pihak bagi memperkukuh aspek keselamatan serta menangani gejala buli di semua institusi pendidikan.
9. Had umur persaraan penjawat awam 65 tahun akan dikaji dalam RMK13 - KPPA
9. Had umur persaraan penjawat awam 65 tahun akan dikaji dalam RMK13 - KPPA
Kerajaan akan mengkaji cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Agenda pemerkasaan sosioekonomi bumiputera yang ditetapkan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 35) terus diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami