DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Ogos 2025.
Cadangan penambahan pemerhati antarabangsa bagi memantau pelaksanaan genjatan senjata antara Kemboja dan Thailand adalah langkah sokongan semata-mata, tanpa niat campur tangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa pada Rabu mengeluarkan dekri meluluskan sistem pilihan raya sementara bagi Majlis Rakyat untuk memilih dua pertiga anggotanya.
3. Rancangan penempatan Israel terang-terangan langgar undang-undang antarabangsa - Setiausaha Luar UK
Rancangan Israel untuk membina penempatan di Tebing Barat akan membahagikan Palestin kepada dua bahagian dan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, kata Setiausaha Luar United Kingdom (UK) David Lammy.
Ketegangan tercetus di pusat bandar San Francisco apabila pegawai Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) bertembung dengan sekumpulan penunjuk perasaan yang membantah dasar pengusiran migran.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, pada Rabu mengecam keputusan Jawatankuasa Perancangan Tertinggi Israel yang meluluskan projek 3,400 unit perumahan di kawasan E1, Tebing Barat yang diduduki.
Seribu kapal flotila ke Gaza yang dijadual berlayar awal September ini dijangka memberi tekanan besar kepada rejim Israel dan berpotensi memecahkan kepungan yang berlarutan lebih 18 tahun.
China menegaskan dasar persahabatan dengan rakyat Afghanistan serta komitmen menyokong kerajaan negara itu mentadbir secara mampan ke arah membina masyarakat yang stabil dan aman untuk jangka panjang.
Kebakaran hutan di Sepanyol telah menyebabkan kerosakan langsung kepada sektor pertanian dan ternakan bernilai sekurang-kurangnya EUR600 juta (US$700 juta), lapor akhbar El Periodico pada Rabu, memetik data daripada persatuan pertanian Sepanyol COAG.
Menteri Undang-Undang, Kehakiman, dan Peguam Negara daripada sepuluh negara anggota ASEAN hari ini menegaskan komitmen bersama mereka untuk memajukan timbang tara dan mediasi perdagangan antarabangsa sebagai alat bagi pembangunan ekonomi serantau, kerjasama undang-undang, dan akses kepada keadilan.
Saintis Australia telah menemukan fosil tiga marsupial karnivor yang hidup berjuta-juta tahun dahulu dan sebelum ini tidak diketahui dalam bidang sains.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami