awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS didorong jangkaan dasar Fed lemah

Bernama
Bernama
17/09/2025
02:10 MYT
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS didorong jangkaan dasar Fed lemah
Pada 8 pagi, ringgit di paras 4.1840/2140 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh gabungan faktor luaran termasuk jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu mengamalkan dasar yang lebih akomodatif, kata penganalisis.
Pada 8 pagi, ringgit di paras 4.1840/2140 berbanding dolar AS, lebih kukuh daripada penutupan hari Jumaat lepas pada 4.1975/2080.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, prestasi ringgit turut disokong oleh daya tahan pasaran ekuiti global selain perkembangan ketegangan perdagangan Washington dan Beijing yang kian mereda.
"Bagi mata wang yang sensitif terhadap perdagangan seperti ringgit, gabungan hasil bon AS yang lebih rendah, selera risiko yang masih teguh dan ketegangan geopolitik antara AS dan China yang kian berkurangan menjadi faktor menyokong," katanya kepada Bernama.
Pada Isnin, Beijing mengumumkan usaha rangka kerja bagi meleraikan pertikaian berhubung aplikasi TikTok yang memerlukan pemilikan aplikasi milik China itu dikawal oleh syarikat AS.
Innes menyifatkan langkah itu bukan setakat isu teknologi, namun lebih kepada isyarat bahawa pertikaian tarif dan langkah-langkah perdagangan timbal balas itu juga makin reda.
Dalam pada itu ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Berbanding yen Jepun, ringgit rendah kepada 2.8591/8798 daripada 2.8373/8446 pada Jumaat lepas, turun kepada 5.7133/7542 berbanding pound Britain daripada 5.6864/7006 dan susut berbanding euro kepada 4.9660/5.0016 daripada 4.9203/9326.
Bagi mata wang ASEAN, ringgit menunjukkan prestasi bercampur-campur.
Ini termasuk mengukuh kepada 13.2092/3114 daripada 13.2317/2703 berbanding baht Thailand dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 254.4/256.4 daripada 256.3/257.0.
Ringgit bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2800/3041 daripada 3.2719/2803 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.35/7.41 berbanding 7.35/7.37 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#rizab persekutuan
#prestasi ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan