awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Selepas 4 dekad, Fauziah Latiff bakal ubati kerinduan peminat dengan konsert solo
[KOLUMNIS] Dasar Industri Pertahanan Perkasa Kedaulatan Negara

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan OPR kekal

Bernama
Bernama
22/01/2026
01:30 MYT
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan OPR kekal
Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0350/0570 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuaratnya lewat hari ini.
Jangkaan terhadap OPR itu dibuat walaupun dalam senario dolar AS yang mengukuh semula.
Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0350/0570 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.0445/0495.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.15 peratus kepada 98.781 selepas Presiden AS Donald Trump, mengumumkan tidak akan mengenakan tarif pada 1 Februari susulan perjanjian dengan blok Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkaitan Greenland.
Mohd Afzanizam berkata kecelaruan keputusan dasar oleh pentadbiran Trump akan terus menjejaskan pasaran global serta mencetuskan kekalutan.
Sehubungan itu, beliau berkata perkembangan hari ini tidak seharusnya dilihat sebagai satu jaminan yang jelas berikutan kemungkinan situasi boleh berubah.
Tumpuan hari ini juga, katanya, akan terarah kepada keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka BNM mengenai OPR.
"Kami percaya OPR akan dikekalkan berikutan ekonomi Malaysia yang kekal berdaya tahan. Hasil utama pada mesyuarat ini adalah dari segi penilaian terkini terhadap keadaan ekonomi global dan sudut pandang jawatankuasa dari segi dasar monetari," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam menjangkakan pergerakan USD/MYR dalam julat sempit antara 4.04 dan 4.05 berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati.
Dalam pada itu, ringgit mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain, termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5462/5603 daripada 2.5598/5631.
Ringgit juga mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4142/4437 daripada 5.4237/4304 serta meningkat berbanding euro kepada 4.7101/7357 daripada 4.7337/7395.
Berbanding mata wang ASEAN, ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1389/1565 daripada 3.1502/1543 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 238.1/239.7 daripada 238.7/239.3.
Unit tempatan itu juga meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8831/9612 daripada 13.0086/0301 serta mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.80/6.85 daripada 6.82/6.83.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.