awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM, PDRM perkukuh kerjasama strategik untuk pastikan ketelusan, akauntabiliti
Tumpuan global terhadap kewangan mampan seiring pertumbuhan pusat data - Moody's
Kumpulan pemimpin dan akademik kecam Lembaga Keamanan Trump, dakwa tiada akauntabiliti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka mengukuh selepas unjuran data inflasi AS pacu sentimen

Bernama
Bernama
09/01/2024
03:10 MYT
Ringgit dibuka mengukuh selepas unjuran data inflasi AS pacu sentimen
Di peringkat tempatan, ringgit kekal kurang memberangsangkan berbanding kelompok mata wang utama dunia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat peningkatan kecil pada awal urus niaga Selasa selepas kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) terbantut susulan jangkaan bank pusat negara maju itu menurunkan kadar faedah berikutan prospek data inflasi AS yang mereda.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat ke paras 4.6430/6470 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6495/6535.
Data Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS bagi Disember yang dijangka diumumkan minggu ini, akan memberi petunjuk lanjut mengenai pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) bagi tahun ini, kata peniaga.
Menurutnya, sebarang penurunan dalam angka inflasi berkemungkinan menyaksikan bank pusat AS itu mengurangkan lagi kadar faedah itu dalam bulan-bulan akan datang.
Di peringkat tempatan, ringgit kekal kurang memberangsangkan berbanding kelompok mata wang utama dunia.
Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.9221/9272 daripada 5.9025/9076 pada Isnin, turun berbanding euro kepada 5.0864/0908 daripada 5.0852/0895 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2261/2291 daripada 3.2234/2264 sebelum ini.
Selain itu, ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Unit tempatan itu menokok berbanding peso Filipina kepada 8.34/8.35 daripada 8.35/8.36 semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.0/299.4 daripada 299.4/299.8.
Bagaimanapun ringgit menyusut berbanding baht Thailand kepada 13.3056/3228 daripada 13.2661/2870 dan turun berbanding dolar Singapura pada 3.4954/4987 daripada paras 3.4940/4973, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan